A Safer Drive Home - Promosi Tahun Baru Cina dari Volkswagen

oleh Afandi Che Muhamad|
Menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba Februari depan, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan promosi khas 'A Safer Drive Home' bermula 22 Januari ini hingga 28 Februari depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Promosi ini dianggap sebagai tambahan kepada kempen Tahun Baru Cina sedia ada, Leaders of the Pack yang turut berlangsung ketika ini.

Sepanjang promosi itu nanti, pemilik kenderaan Volkswagen berpeluang menikmati 20 mata pemeriksaan keselamatan percuma daripada VPCM.

Penawaran itu dilakukan supaya pemilik kenderaan berkenaan tenang selain selamat dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Tidak terkecuali, pengguna yang berbelanja sebanyak RM800 dan ke atas untuk perkhidmatan servis dan penyelenggaraan di mana-mana pusat servis Volkswagen seluruh negara bakal menerima beg eksklusif bersempena Tahun Baru Cina (sementara stok masih ada) daripada VPCM.

Maklumat lanjut berkenaan promosi ini boleh didapati dengan berkunjung ke cawangan pengedar sah Volkswagen atau layari laman web www.volkswagen.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen ini menawarkan penjimatan sehingga RM18,888 bagi model Volkswagen, yang merangkumi rangkaian…
Berita Domestik
  Perkhidmatan itu boleh ditawarkan di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Tiada caj…
Informasi
  Kempen "Score a Fling" sedang berlangsung dari 9 hingga 29 Februari 2020, dan para peserta…