A-Class bakal terima dua sistem pacuan PHEV, tiada perancangan untuk versi EV

oleh Mohamad Hanif|
Generasi terbaharu Mercedes-Benz A-Class dijangka bakal menerima kemas kini sistem pacuan terbaharu yang terdiri daripada dua sistem hibrid yang berbeza.

Kedua-dua varian sistem plug-in hybrid (PHEV) itu bakal dinamakan sebagai A220e 4Matic dan A250e 4Matic. 


A220e 4Matic dan A250e 4Matic secara teknikalnya menggunakan enjin 1.3 liter yang serupa menjana kuasa ke roda hadapan, manakala motor elektrik pula menyalurkan kuasa ke gandar belakang. 

Perbezaan antara kedua varian tersebut ialah output kuasa di mana A220e menghasilkan kuasa sebanyak 136 hp manakala A250e pula menghasilkan kuasa yang lebih tinggi iaitu 163 hp, dengan bantuan motor elektrik 90 hp yang serupa pada kedua-dua varian tersebut. 

Sistem ini, menurut sumber daripada Autocar, akan turut diguna pakai pada model kompak Mercedes-Benz yang lain seperti MPV B-Class, dan SUV GLB yang dibangunkan menggunakan platform yang serupa. 

 


Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang maklumat tambahan berkenaan bila Mercedes akan memperkenalkan varian terbaharu A-Class ini, cuma desas desus menyatakan ia akan dipertontonkan di Paris Auto Show 2018 pada bulan Oktober ini. 

Mercedes-Benz dilaporkan tidak akan memperkenalkan versi elektrik untuk A-Class ini oleh kerana mereka sedang menumpukan pembangunan model EQ A (hatchback kompak elektrik), EQ C (SUV elektrik) dan beberapa model yang masih belum diketahui. 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Mercedes-Benz Malaysia baharu sahaja melancarkan sedan A-Class yang hadir dengan dua varian utama,…
Pelancaran
Mercedes-Benz A-Class Limousine baharu sahaja membuat penampilan pertama secara rasmi hari ini…
Berita Global
Setelah hatchback AMG A35 dilancarkan pada tahun lalu, giliran kembar sedannya Mercedes-AMG A35…