90 peratus tiket tambahan ETS ke utara dijual

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sebanyak 90 peratus daripada 8,820 tiket tambahan perkhidmatan tren elektrik (ETS) laluan pergi dan balik KL Sentral - Padang Besar dan KL Sentral - Butterworth dijual sejak ia mula dibuka pada 24 Mac lepas sehingga kini.


Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata penambahan empat tren itu susulan permintaan yang tinggi daripada orang ramai selepas tiket biasa bagi ETS dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Intercity bermula 19 hingga 25 April telah habis dijual bagi sektor utara.
JAECOO Q4 MREC Banner Campaign November Starting: 3rd Nov

 

"Semua ini adalah usaha kerajaan untuk memastikan lebih ramai rakyat dapat pulang ke kampung masing-masing menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam walaupun kita ada kapasiti yang terhad," katanya kepada pemberita selepas mengedarkan 1,000 pek hari raya di stesen KL Sentral di Kuala Lumpur pada Selasa.

Beliau berkata selain laluan sektor utara, KTMB juga menawarkan perkhidmatan Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri, buat pengguna yang ingin pulang ke pantai timur.

Menurutnya bermula dari stesen KL Sentral hingga ke stesen Tumpat, perkhidmatan itu menawarkan empat perjalanan pergi dan balik dengan 1,864 tiket.

Setakat hari ini, katanya sebanyak 1,685 tiket telah terjual bagi perkhidmatan tersebut.

Sementara itu, mengenai cadangan kerajaan Sarawak untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan butik, Loke berkata ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju secara prinsipnya dengan cadangan itu dan berkata penubuhan syarikat penerbangan tersebut boleh meredakan keadaan kadar tambang yang mahal khususnya di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
“Penjualan tiket tambahan tersebut akan bermula pada 7 Oktober ini mulai pukul 10 pagi. “Tren…
Informasi
"Pantai Timur hanya untuk penggunaan Diesel Multiple Unit (DMU) sebab landasan Keretapi Tanah…
Informasi
"Kerja migrasi sistem semboyan sedang dilaksanakan di laluan antara Stesen Kepong sehingga Stesen…