9 unit Mercedes-AMG GT dipanggil di US - masalah lampu terlalu silau!

oleh Mohamad Hanif|
Kebanyakan kereta sekarang sudah pun dilengkapi dengan unit lampu LED, dan walaupun sudah dilengkapi dengan unit pelaras ketinggian suluhan, ada kalanya sesetengah daripada model tersebut memiliki tahap silau yang jauh lebih tinggi berbanding penggunaan mentol biasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, sembilan unit Mercedes-AMG GT dua pintu di Amerika dikesan memiliki tahap silau yang terlalu tinggi, sehinggakan ia mampu 'membutakan' para pengguna jalan raya dari arah bertentangan.

Menurut laporan daripada National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), hal ini adalah disebabkan berlakunya kesilapan ketika proses pemasangan dibuat bertarikh antara 6 Februari sehingga 29 April tahun lalu.

Merujuk kepada penerangan yang dibuat, unit lampu pada Mercedes-AMG GT dua pintu tersebut gagal untuk memenuhi piawaian FMVSS 108 - lampu, peranti reflektif dan peralatan yang berkaitan disebabkan oleh berlakunya kesilapan di dalam 'headlamp aiming system' di kilang produksi.

Sembilan orang pemilik Mercedes-AMG GT akan dihubungi untuk proses penggantian unit lampu yang dijadualkan pada 9 Februari tahun hadapan.

Jika terdapat pemilik yang menukar sendiri unit, mereka tidak akan dibayar kembali memandangkan unit lampu tersebut dilindungi oleh jaminan waranti.

Sumber: NHTSA

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota Motor North America, SUV Corolla Cross yang dipanggil semula itu perlu diperiksa…
Berita Global
Menurut laporan, masalah ini berpunca daripada komponen pendesak pam bahan api yang tidak dibentuk…
Berita Global
Pengumuman tersebut dibuat bertujuan untuk mengemaskini perisian Autopilot untuk model kenderaan…