9 tahun guna VW Golf dari ibu bapanya, Carlos Sainz beli kereta pertamanya sendiri

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pelumba untuk pasukan Scuderia Ferrari Formula 1, Carlos Sainz merupakan di antara salah seorang pemandu yang berjaya dalam era perlumbaan tersebut pada masa kini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun boleh dikatakan sebagai salah seorang pelumba yang berjaya, sepanjang karier Formula 1, Sainz hanya memandu sebuah Volkswagen Golf yang dibelikan oleh ibu bapanya pada usia 18 tahun.

 

2

 

Setelah Sainz menandatangani kontraknya sebagai pemandu pasukan Scuderia Ferrari, dia membuat keputusan untuk membeli kereta pertamanya dengan hasil duit sendiri.

Sudah tentu dengan pengalaman dan kejayaannya, kereta pertama dengan duit sendiri itu bukanlah model yang biasa, Sainz telah membuat keputusan untuk menempah sebuah Ferrari 812 Competizione.

 

 

Ya, model 812 Competizione itu perlu ditempah terlebih dahulu kerana Sainz telah membeli model tersebut melalui program tempahan khas Ferrari.

Program tempahan khas Ferrari membenarkan pembeli untuk mengkofigurasi sendiri spesifikasi mengikut kehendak mereka yang tersendiri.

 

2

 

812 Competizione milik Carlos Sainz didatangkan dengan warna Perak Satin, sesuai dengan citarasanya yang meminati warna gelap, bahagian hud pula diperbuat dengan gentian karbon berkilat dan kemasan warna merah terang.

Kemasan warna merah itu turut diletak pada skirt gentian karbon dihadapan, skirt sisi, difuser dan lubang udara belakang. Ia turut dilengkapi dengan set roda berwarna hitam dan angkup brek berwarna merah.

 

3

 

Pada bahagian dalaman pula, ia didatangkan dengan tempat duduk full-bucket yang dibaluti oleh Alcantara berwarna kelabu dan merah bersama plat khas gentian karbon bertulis "Smooth Operator" di bahagian sisi lantai.

812 Competizione itu juga dilengkapi karpet dengan jahitan nombor "55" berwarna merah, dimana ianya merupakan nombor yang digunakan oleh Sainz.

 

 

Sumber: carscoops

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Pengumuman merekrut pemandu termuda dalam sejarah 50 tahun Ferrari tersebut dibuat selepas McLaren…