9 Sekatan Jalan Raya di Lebuhraya PLUS

oleh Mohamad Hanif|
Sebanyak sembilan sekatan jalan raya diadakan pihak berkuasa di beberapa laluan kritikal di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa hari ini, hingga 27 Okt depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan malam ini berkata sekatan jalan raya itu bagi mengelakkan orang ramai yang tidak mempunyai kebenaran, melakukan perjalanan rentas daerah dan negeri melibatkan kawasan PKPB.

“Laluan kritikal di lebuhraya PLUS iaitu Plaza Tol Jalan Duta, Setia Alam, Shah Alam, Putra Mahkota, Sungai Buaya, Bukit Tagar, Bukit Beruntung, Lembah Beringin dan Seafield,” katanya.

PLUS menasihatkan orang ramai supaya terus kekal berada di rumah, bagi mengawal penularan wabak COVID-19 bertepatan dengan semangat #KitaJagaKita, sekali gus membolehkan petugas barisan hadapan menjalankan tugas mereka dengan selamat.

Sumber: PLUS, Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…
Berita Domestik
"Siasatan itu dilakukan hasil dari tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana kita…
Berita Domestik
"Sekatan jalan raya itu dijalankan sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Jelutong bermula jam 10…