9 kereta peronda Polis kejar penjenayah sejauh 15 kilometer

oleh SALINA JALIL|
Polis mengejar dua individu yang cuba melarikan diri sejauh 15 kilometer (km), dengan menggunakan sembilan kereta peronda, sebelum berjaya menangkap kedua-dua lelaki itu di Jalan Kangkar Tebrau, semalam.


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata mereka ditahan jam 9.20 malam selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika polis sedang membuat rondaan di Taman Pelangi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Siasatan ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka memiliki dadah jenis syabu seberat 3.1 gram.

 

"Kita turut mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kesalahan dadah," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

 

Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020. 

 

 

sumber: BH

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…