9 cara menjawab rakan yang benci talipinggang keledar

oleh HEZERI SAMSURI|
Walaupun rakyat Malaysia sudah menjadi angkasawan dan penyokong MU sudah keluar masuk gua berpuluh kali, masih ada lagi segelintir di antara kita yang tidak percaya memakai talipinggang keledar bila masuk ke dalam kenderaan.

Pelbagai alasan diberikan dan di sini kami kongsikan 10 jawapan kepada alasan-alasan mereka itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

1. Talipinggang keledar menyebabkan lebih banyak kecederaan!

Memang benar dalam pelanggaran berkelajuan tinggi, talipinggang keledar akan menyebabkan kecederaan luaran seperti lebam-lebam. Namun begitu, jika mereka tidak memakai talipinggang keledar, mereka akan terselamat dari lebam-lebam. Mereka akan mengalami kecederaan otak atau tengkorak retak. 


2. Talipinggang keledar akan memerangkap saya di dalam kenderaan semasa kemalangan!

Ini memang berlaku tetapi menurut NHTSA (Pengurusan Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan) di Amerika Syarikat, kejadian itu cuma berlaku pada 0.5 peratus dari kemalangan yang berlaku setiap tahun. Fakta sebenarnya ialah talipinggang keledar boleh dibuka dalam masa beberapa saat sahaja dan dengan talipinggang keledar, penumpang kenderaan tidak akan tercampak ke sana ke mari dan mereka tidak akan pengsan. Ini memudahkan untuk mereka keluar dari kenderaan yang terbakar atau tenggelam.


3. Tak perlu talipinggang keledar kerana saya adalah pemandu cermat!

Ucapkan tahniah kerana rakan anda mengaku beliau adalah pemandu cekap dan berdisiplin. Masalahnya ialah rakan anda itu bukanlah satu-satunya kenderaan di atas jalanraya. Banyak kemalangan disebabkan oleh kenderaan lain yang terbabas dan melanggar kenderaan mangsa. Melainkan rakan anda mempunyai kuasa istimewa untuk mengalihkan objek berat menggunakan minda sahaja, minta beliau gunakan talipinggang keledar.


4. Talipinggang keledar tidak penting kerana kereta saya sudah ada beg udara!

Talipinggang keledar direka untuk memastikan anda berada di dalam tempat duduk, dan beg udara direka untuk menyelamatkan anda semasa anda di dalam tempat duduk. Jika anda tidak menggunakan talipinggang keledar, anda akan tercampak dan beg udara itu tidak berfungsi seperti yang direka atau dalam senario paling teruk, beg udara akan mencederakan anda.


5. Saya cuma memandu perlahan dan di kawasan dekat-dekat sini sahaja!

Menurut Perkeso, 55 peratus dari kemalangan berlaku kurang dari 5 km dari tempat kerja. Di US, kebanyakan kemalangan maut berlaku pada kelajuan di bawah 85 kmsj. Dekat dan perlahan terbukit masih mampu membunuh.

 

 

6. Kalau tercampak keluar dari kenderaan, kadar kecederaan selalunya rendah!

Sekiranya anda tidak memakai talipinggang keledar, kemungkinan anda tercampak keluar dari kenderaan sangat tinggi kerana tingkap dan cermin kenderaan tidak kuat untuk menampan berat manusia. Selalunya, bila mangsa tercampak, mereka akan dilanggar atau digilis kenderaan lain atau mengalami kecederaan-kecederaan seperti berikut:

  • Luka-luka dalam
  • Pendarahan dalaman
  • Tulang patah
  • Retak tengkorak
  • Kecederaan tulang belakang
  • Kecederaan organ dalaman
  • Gegeran atau kecederaan otak

Mangsa selalunya terbunuh atau cedera parah hingga menyebabkan lumpuh atau cacat.


7. Sukahati saya tidak memakai talipinggang keledar. Ia tak membabitkan orang lain!

Dalam kemalangan, mereka yang tidak memakai talipinggang keledar akan menjadi objek yang bergerak. Mereka ini akan menghempap orang lain dan jika mereka adalah penumpang belakang, mereka mampu membunuh penumpang di hadapan. Setiap kali ada kematian, negara akan rugi dari segi sumbangan ekonomi dari mangsa dan setiap kali ada kematian, pihak keluarga juga akan terjejas - baik dari segi emosi mahupun ekonomi.


8. Talipinggang keledar membuat pakaian saya berkedut!

Ya, ini memang benar. Cuma ada satu sahaja caranya - minta rakan anda memandu tanpa memakai baju, ambil gambar dan upload ke Instagram Careta.


9. Memakai talipinggang keledar lambat dan leceh.

Cari kawan lain yang lebih bijak.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dengan menggunakan sampel daripada penduduk…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kerajaan kini tidak akan melaksanakan peraturan…
Informasi
Dunia automotif kini penuh dengan pelbagai alatan keselamatan dan dengan perkembangan teknologi,…