877,000 kenderaan Subaru dipanggil semula di Amerika Syarikat

oleh Mohamad Hanif|
Subaru mengumumkan kempen panggil semula melibatkan kira-kira 877,000 unit kenderaan di Amerika Syarikat berhubung dua isu yang berbeza.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Satu daripadanya melibatkan model-model Subaru Crosstrek (2018-2019), Subaru Crosstrek Hybrid (2019), dan Subaru Forester (2019) akibat pemasangan pendakap bar pengimbang yang tidak sempurna.

Menurut Subaru, terdapat jurang yang besar antara pendakap bar pengimbang dengn badan kenderaan didapati berdasarkan pemeriksaan disebabkan daya yang diaplikasikan ke atas bolt tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Pengedar Subaru di Amerika Syarikat akan menyelesaikan isu tersebut dengan mengetatkan kembali bolt kepada spesifikasi asal, atau menggantikannya dengan bolt baharu.

Kempen panggil semula kedua yang diisukan oleh Subaru melibatkan model Impreza yang dipasang antara 1 Julai 2016 hingga 17 Jun 2019, dan Crosstrek (9 Mei 2017-8 Mei 2019).

Di dalam hal ini, Subaru mendapati terdapat pengaturcaraan yang tidak betul terhadap Modul Kawalan Enjin (ECM) mengakibatkan gegelung pencucuh dihidupkan lebih lama walaupun selepas enjin dimatikan.

Subaru akan memprogramkan semula ECM dan dalam situasi yang tidak dapat dielakkan, komponen gegelung pencucuhan mungkin akan digantikan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota Motor North America, SUV Corolla Cross yang dipanggil semula itu perlu diperiksa…
Berita Global
Menurut laporan, masalah ini berpunca daripada komponen pendesak pam bahan api yang tidak dibentuk…
Berita Global
Pengumuman tersebut dibuat bertujuan untuk mengemaskini perisian Autopilot untuk model kenderaan…