86 Track Day pertama di Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Kelab pemilik Toyota 86/Subaru BRZ telah mengadakan GT86/BRZ Track Day di litar Sepang dan puluhan kenderaan sport tersebut muncul untuk berkumpul dan berkenalan antara satu sama lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ada yang datang sejauh dari Singapura semata-mata ingin bertemu dengan rakan-rakan kelab dan juga memberikan sokongan kepada mereka yang turun untuk mencuba skil pemanduan masing-masing di litar itu. 

Umum mengetahui ramai pelumba profesional seperti Tengku Djan Ley memiliki model GT-86 ini dan mereka semua sepakat mengatakan ia adalah kenderaan yang paling sesuai untuk melatih diri dari segi skil pemanduan kerana GT-86/BRZ mempunyai pacuan roda belakang dan pengendalian yang neutral serta mudah digunakan untuk latihan pemanduan laju.

Untuk mereka yang berminat memasuki kelab ini, boleh memohon di Facebook mereka - GT 86/BRZ Owner Club Malaysia. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…