833 kes kemalangan di Perak sempena sambutan Tahun Baharu Cina

oleh Hamimah Hamid|
SEBANYAK 833 kes kemalangan melibatkan 12 kematian direkodkan di Perak selepas tujuh hari hari pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, kemalangan tersebut bagaimana pun langsung tidak melibatkan bas manakala 21 kes kemalangan membabitkan lori.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Datuk Azizi berkata, kadar tersebut menunjukkan penurunan 60 peratus berbanding Op Selamat 17 pada tahun lepas iaitu sebanyak 52 kes membabitkan 11 bas dan 41 lori.

“Melihat pada rekod yang lepas punca kemalangan antaranya ialah kerana kerana pemandu bas mengejar jadual perjalanan yang padat.

“Kali ini nampaknya pihak pengusaha-pengusaha bas juga telah memberi kerjasama, mereka merancang jadual pemandu yang bertugas serta menyediakan pemandu kedua. Jadi yang melibatkan kecuaian pemandu bas dapat kita bendung dan kawal” katanya.

Datuk Azizi berkata demikian kepada media pada Kempen Kesedaran dan Keselamatan Jalan Raya Masyarakat Pulang Ke Kampung Sempena Tahun Baru Cina di Terminal Meru Raya, Ipoh hari ini.

Katanya, bagi memastikan pemandu bas tidak terlibat dengan penggunaan dadah dan alkohol, operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut dibuat di terminal bas.

Jelas beliau, setakat ini tidak ada pemandu dikesan melakukan kesalahan terbabit.

Mengulas mengenai lalu lintas pula ujar Datuk Azizi, keadaan aliran lalulintas semasa mulai sesak terutamanya menghala ke selatan.

Katanya, antara kawasan yang dikenalpasti berlaku kesesakan ialah di laluan Utara - Selatan Gunung Semanggol, Bukit Berapit, Kuala Kangsar, Terowong Menora, Ipoh, Simpang Pulai, Gopeng serta Tapah. 

Justeru bagi memastikan kelancaran ujar beliau, pegawai trafik telah ditempatkan di 43 lokasi kerap berlaku kesesakan lalu lintas di negeri itu.