82 peratus kenderaan pasukan IPK Negeri Sembilan uzur

oleh SALINA JALIL|
gambar dari PDRM Negeri Sembilan
Sebanyak 82 peratus kenderaan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Negeri Sembilan yang sudah uzur akan ditukar dari semasa ke semasa.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, ketika ini pihaknya menyelenggara kenderaan melebihi usia berkenaan dengan baik mengikut masa yang ditetapkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Kenderaan itu masih boleh digunakan walaupun ia melebihi had usia, bagaimanapun ia akan ditukar secara berperingkat mengikut kemampuan dan bajet.

 

"Dalam mengurus aset berkenaan, terdapat kekangan dan halangan di luar kawalan yang terpaksa dihadapi antaranya aspek pengurusan kenderaan pasukan, yang mana hampir 82 peratus kenderaan pasukan melebihi had usia penggunaan yang ekonomik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan kenderaan pasukan di IPK Negeri Sembilan, di Seremban semalam.

 

Pada majlis itu, Mazlan menyerahkan 16 pacuan empat roda Toyota Hilux GS Cargo dan sembilan van Go Auto Higer Ace kepada IPK Negeri Sembilan yang diwakili Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.

 

Katanya, pengurusan aset yang sudah berusia dan uzur bukanlah perkara mudah, lebih-lebih lagi tempoh penggunaan kebanyakan kenderaan melebihi 15 hingga 20 tahun.

 

Sementara itu, Mohamad dalam ucapannya berkata, pihaknya melahirkan penghargaan kepada pucuk pimpinan tertinggi PDRM kerana sentiasa peka dengan keperluan dan masalah logistik di kontinjen Negeri Sembilan ini.

 

"Kita berharap agar usaha penambahbaikan yang sedang dilaksanakan akan diteruskan, malah dipertingkatkan lagi bagi memenuhi harapan masyarakat terhadap PDRM.

 

"Masyarakat sentiasa mahukan perkhidmatan yang berkualiti, cepat dan tepat.

 

"Sebagai warga PDRM, kita perlu merancang dengan lebih rapi dan teliti dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan secara efektif dan berkesan," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata lelaki terbabit mengambil bahagian dalam perarakan itu bersama beberapa penunggang…
Informasi
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata tangkapan itu…
Informasi
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan sesetengah pihak yang menghalang orang…