8 pemandu mabuk didenda RM2,200 hingga RM2,400 setiap seorang!

oleh SALINA JALIL|
Akibat memandu di bawah pengaruh alkohol, lapan lelaki masing-masing didenda RM2,200 hingga RM2,400 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur semalam
.

Majistret Puteri Nursheila Rahimi menjatuhkan hukuman itu ke atas lapan lelaki berusia 28 hingga 57 tahun selepas mereka mengaku bersalah memandu kereta di bawah pengaruh alkohol antara 86 miligram (mg) hingga 149 mg dalam 100 mililiter darah, melebihi had yang ditetapkan iaitu 80mg.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Tertuduh ialah Ng Wei Kean, 28 ; Ong Hup Heng ,58 ; Lim Wang Sin ,36 ; Ooi Choo Ching ,38 ; Tan Wah On ,38; Tan Peng Koon ,50; Mak Wai Ming , 57 dan M Segaran, 51.

 

Jika gagal membayar denda mereka akan dipenjara empat hingga lima minggu.

 

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Kuchai Lama, Jalan Kepong, Jalan Kerinchi Link dan Jalan Duta Kiara di sini antara 10.15 malam dan 12.11 tengah malam, pada 10 dan 11 Jun 2020.

 

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM6,000 dan boleh dipenjarakan sehingga 12 bulan serta lesen percubaan dibatalkan.

 

Pegawai Pendakwa, Inspektor Abdullah Khazali memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran manakala kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum atas alasan mereka menanggung keluarga serta telah insaf.

 

 

 

BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dia didakwa memandu kereta BMW dalam keadaan paras alkohol di dalam badannya melebihi had…
Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Global
Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku di Bellevue, Washington pada 30 September sekitar jam 4.00…