8 cara bagaimana wiper kenderaan bergerak!

oleh HEZERI SAMSURI|
Antara aksesori paling lama dan paling tidak bertukar teknologinya pada kenderaan anda ialah pengelap cermin atau "wiper".

Ada juga yang memanggilnya vaiper, macam Viper dalam permainan video Street Fighter tetapi apa yang penting, semua orang tahu walaupun kenderaan premium dari Jerman pun mempunyai konsep pengelap cermin yang sama seperti jenama marhaen.
wiper

 

Pengelap cermin sendiri mempunyai beberapa jenis bilah:

Jenis Bilah Standard 
Rangka besi dengan getah, yang dipakai sejak zaman Datsun Buah Kana sampai ke sekarang.

Jenis Bilah Spoiler 
Sama seperti di atas tetapi dengan spoiler agar ia bilah ditekan kuat pada cermin (jarang digunakan).

Jenis Bilah Flat atau Leper
Ini ialah pengelap cermin terkini dan semakin banyak jenama kenderaan menggunakannya sebagai alatan standard.
Ia tidak mempunyai bingkai dan ia tidak boleh diganti dengan bilah pengelap cermin Jenis Standard.
Kelebihan bilah ini ialah ia lebih aerodinamik, ia lebih kecil dan ia kurang bergegar.

 

 

 

Jenis Bilah Retrofit Flat
Ini juga semakin popular di mana ia sama seperti Jenis Flat, tetapi boleh dipasang kepada pengelap cermin Jenis Standard.

Jenis Bilah Hibrid
Ia mempunyai bilah pengelap dengan bingkai atau kerangka besi tetapi bilah getahnya lebih mudah melengkung.
Ia mampu melekat kuat pada cermin kenderaan  dan digunakan untuk cermin hadapan yang mempunyai permukaan yang sangat melengkung.
Jarang digunakan dan hanya didapati pada kenderaan-kenderaan supercar dan sebagainya.

Itu ialah cerita bilah, tetapi dari segi pergerakan pengelap cermin, ada lapan jenis yang digunakan dalam industri automotif.

 

wiper 1

1. Radial Berpangsi untuk Panduan Sebelah Kiri
Ini adalah gerakan paling popular dan ia menggunakan motor untuk menggerakkan bilah-bilah.

 

wiper 2

2. Radial Berpangsi untuk Panduan Sebelah Kanan
Sama seperti di atas, tetapi untuk kenderaan Panduan Sebelah Kanan seperti di Malaysia.

 

wiper 3

3. Sapuan Berjujukan
Cara gerakan ini adalah sangat kompleks kerana bilah-bilah itu bergerak pada arah yang bertendangan. Namun begitu, ia mampu memberikan kawasan sapuan yang lebih luas. 

 

wiper 4

4. Bilah pengelap tunggal
Sering digunakan untuk cermin belakang, ia menggunakan satu bilah panjang untuk membuat sapuan ke seluruh cermin sebaik mungkin. 

 

wiper 5

5. Bilah Mono
Menggunakan konsep cantilever atau julur tuas, bilah tunggal itu akan "ternaik" ke atas di tengah-tengah cermin untuk menghasilkan sapuan berbentuk M. 

 

wiper 6

6. Sistem Pantograf
Ini sering dijumpai pada kenderaan berat seperti bas. Ia menggabungkan bilah menegak dengan pengelap pada satu pangsi. Sistem ini sangat sesuai untuk cermin hadapan yang besar dan rata. Masalahnya ialah bila berhenti, bilah-bilah itu akan berhenti di tengah-tengah dan jika cermin itu kecil, ia akan menggangu penglihatan pemandu.

 

wiper 7

7. Pengelap hujan berkembar dengan pangsi di atas
Kenderaan dengan dua cermin hadapan biasanya menggunakan sistem ini. Ia lebih kepada kenderaan-kenderaan tentera dan ia memberi kawasan sapuan yang lebih baik untuk kawasan bawah cermin itu.

 

wiper 8

8. Pengelap hujan berkembar dengan pangsi di bawah
Sama seperti di atas tetapi ia mempunyai pangsi di bawah. Banyak digunakan oleh kenderaan-kenderaan klasik seperti Volkswagen Combi dengan cermin hadapan jenis "split".


* Kandungan asal dari 

https://www.wiperblades.co.uk/wiper-blade-types

https://www.a1-windscreens.co.uk/news/windscreen-wiper-movements/

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Tekno Careta
  Walaupun ada cubaan untuk menggantikan pengelap tersebut dengan sistem yang menggunakan jet…