8 cara bagaimana PBT boleh dapatkan geran RM35 juta dari kerajaan

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin berkaitan pemberian Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (GeRAK) yang bernilai RM35 juta untuk pihak berkuasa tempatan (PBT) mungkin akan menjadi pendorong kepada penggunaan kenderaan elektrik (EV) di dalam negara.

Geran tersebut akan diberikan kepada PBT untuk melaksanakan insiatif bandar rendah karbon berimpak tinggi, tetapi menurut Muhyiddin, fokus akan diberikan kepada PBT yang telah memulakan program bandar rendah karbon (LCCF) serta menyertai program Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C) untuk peringkat kategori Zon Rendah Karbon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sokongan dan suntikan dana untuk memastikan PBT memulakan perubahan terhadap efek perubahan iklim ini dan melihat kepada penghasilan pencemaran karbon yang selama ini kurang mendapat perhatian.

Laporan dari UN Habitat menunjukan walaupun hanya satu peratus dari muka bumi ini merupakan kawasan bandar, ia menghasilkan lebih daripada 70 peratus pelepasan gas rumah kacak (Green House Gas) dan juga 78 peratus dari penggunaan tenaga keseluruhan dunia.

Ini adalah satu tindakan penting di mana PBT akan mula memikirkan cara-cara bagi merendahkan pelepasan karbon, dan antara penyumbang besar ialah kenderaan-kenderaan berenjin.

 

 

Seperti apa yang berlaku di negara-negara maju, undang-undang yang sama ini menjadi pemacu untuk meningkatkan penggunaan EV.

Antara punca utama adoptasi EV kepada pengguna ialah undang-undang dan diikuti oleh insetif kepada pengguna. 

Di bawah ialah antara senarai aktiviti yang boleh ditawarkan oleh PBT bagi menarik lebih ramai pengguna ke arah EV.

   1. Pusat pengecaj di kawasan sibuk.

   2. Ruang parkir istimewa khusus untuk EV.

   3. Parkir percuma untuk Ev di kawasan bawah seliaan PBT.

   4. Tol percuma untuk EV.

   5. EV dibenarkan menggunakan laluan untuk bas dan teksi.

   6. Pengurangan cukai pintu untuk pemilik EV.

   7. Pengurangan cukai perniagaan untuk premis yang menawarkan pengecaj EV.

   8. Pengurangan cukai untuk syarikat yang menggunakan atau menjual kenderaan EV yang boleh didaftarkan untuk penggunaan jalanraya.

 

 

 

Penggunaan EV memang terbukti mampu mengurangkan kadar pencemaran udara di kawasan padat penduduk, walaupun stesen janakuasa elektrik masih menggunakan bahan api tradisional seperti arang batu atau diesel kerana lokasi stesen-stesen tersebut adalah jauh dari kawasan kepadatan tinggi.

 

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
VOC mula diperkenalkan pada 2016 oleh JPJ bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan atau…
Hezeri Samsuri
"Kami faham isu lesen kenderaan dan LKM digital tetapi sampai geran kenderaan pun tak dapat dicetak…
Berita Global
Seperti yang pernah kami laporkan, beberapa negara di Eropah mula menawarkan geran atau subsidi…