8 Benda Tentang Ranger Generasi Baharu yang Memang WOW!

oleh Mohamad Hanif|
Ford Ranger ialah sebuah trak pikap yang boleh diumpamakan seperti durian - sekali makan, pasti akan mengidam walaupun harganya tak masuk akal. Nasib baik untuk Ranger, harganya masih setanding dengan model-model pesaingnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah ialah lapan fakta yang anda tidak tahu dan fakta yang akan membuatkan anda menjadi peminat setia Ford Ranger.

1. Tidak ada model T7, T8 atau T9

Fakta ini ramai yang tidak faham, termasuk penulis yang sudah memiliki dua Ford Ranger.

Menurut Ford, platform trak pikap saiz sederhana ini diberi nama kod T6.

Jadi, semua trak pikap saiz sederhana yang dibangunkan oleh Ford Asia Pasifik (selepas ia tidak lagi menggunakan model trak pikap B-Series dari Mazda) sebenarnya menggunakan platform T6.

Yang berbeza ialah generasi, dan Ranger sekarang ialah trak pikap T6 generasi ketiga.

Platform T6 ini juga dikongsi dengan Raptor, trak saiz sederhana premium pertama dunia dan SUV lasak Ford, Everest.


2. Ford wujudkan komuniti khusus untuk pemilik Ranger

Ranger

 

Ford ialah trak pikap pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan konsep gaya hidup untuk pemiliknya. Sebelum ini, trak pikap hanya dibeli oleh syarikat untuk kerja-kerja lasak dan Ford berjaya mengubah konsep lapuk itu.

Kebanyakan pemilik Ford ialah mereka yang perlukan sebuah kenderaan lasak untuk pekerjaan mereka, dan sebuah kenderaan selesa, modern dan cantik untuk kegunaan harian dan untuk gaya hidup aktif mereka.

Faham akan konsep itu, Ford mewujudkan komuniti yang menjemput pemilik untuk bersama-sama menerokai dunia aktif dengan Ranger.

Ford Ranger Getaways menawarkan aktiviti riadah seperti berkhemah, berjalan di laluan lasak dan paling penting, kursus-kursus pengendalian trak pikap.

Ingat, walaupun Ranger ialah sebuah trak pikap yang paling selesa dan mirip kereta dari segi pengendalian, ia masih sebuah trak yang berat dan cara pengendaliannya masih sedikit berbeza.

 
3. Skrin 12 inci dengan kamera hi-def 360 darjah - paling moden, mengalahkan kereta!

Ranger


Ramai pemilik yang tidak boleh hidup tanpa sambungan pintar ke henfon mereka. Sistem infotainment Ford Ranger menggunakan aplikasi paling canggih dalam keluarga Ford - SYNC 4A.

Untuk yang tidak tahu, sewaktu Proton riuh dengan sistem kawalan suara, Ford Ranger, sebuah trak pikap, lebih awal menggunakan teknologi itu dengan ciri cam suara yang jauh lebih bijak.

Apple CarPlay dan Android Auto yang digunakan juga terbina di dalam ekosistem SYNC 4A agar ia menawarkan kemudahan yang lebih mudah, lancar dan selamat.

Skrin sesentuh yang besar itu pula membuktikan ini bukan trak pikap yang ditambah dengan sistem audio dari pihak ketiga.

Sistem ini dibina bersekali dengan Ranger generasi terbaharu dan disambung ke ECU terus. Banyak fungsi mampu dikawal dengan mudah melalui skrin ini.

Kamera 360-darjah yang dibekalkan pula cukup jelas untuk membantu anda ketika pemanduan off-road.

Malah, ketika pandu uji Careta di Thailand, ciri-ciri yang ada pada Ranger tidak banyak berbeza dari ciri-ciri offroad canggih pada Range Rover pun!

 

4. Panel meter paling canggih untuk trak pikap

Ranger


Tidak ada trak pikap di dalam pasaran yang secantik dan secanggih panel meter dalam Ford Ranger terbaharu.

Bukan setakat cantik, ia juga cukup canggih untuk menyediakan pilihan grafik, info yang tersedia dan cukup handal untuk membuatkan kereta RM150,000 seperti sebuah Proton Saga Magma.

 

5. Sistem ADAS paling bijak untuk trak pikap

ADAS


Sistem bantuan pemandu canggih atau ADAS memang wujud di dalam trak pikap tetapi pelopornya ialah Ford Ranger.

Malah, Ford pernah menawarkan sistem bantuan parkir separuh automatik untuk Ranger sejak generasi kedua lagi.

Ranger kali ini lengkap Evasive Steer Assist, Lane Change Warning and Aid, Adaptive Cruise Control dengan Stop-and-Go dan High Beam Assist.

Ia memang tidak akan menjamin anda tidak akan kemalangan tetapi ia adalah ikhtiar terbaik anda untuk sebuah trak pikap!

 

6. Kabin kalah SUV biasa anda!

Ranger


Keselesaan dan kemewahan kabin Ford Ranger adalah antara ciri-ciri utama trak pikap ini sejak generasi pertama lagi.

Malah itu yang menjadi objektif utama Ford ketika dalam proses rekabentuk Ranger sejak awal lagi - pastikan penumpang tidak dilayan seperti buruh kasar.

Ranger generasi ketiga mempunyai rekabentuk dalaman yang moden, selesa dan cantik. Malah rekaan tuil pintunya sahaja cukup untuk membuatkan trak pikap ini lebih istimewa dari Toyota Camry, Honda Accord, Proton X70, Honda CR-V, Mazda CX-5 dan SUV kegilaan netizen yang "pakar kereta", Proton X-50.

 

7. Rekabentuk trak pikap yang bakal ditiru ramai

Ranger


Rekabentuk Ranger memang sering menjadi ikutan jenama-jenama lain.

Bila Ford memperkenalkan ciri-ciri sporty pada Ranger generasi pertama, yang lain terus mencuba untuk menjadikan trak pikap mereka dengan ciri-ciri sporty juga cuma bezanya, Ford menghasilkan aksesori dan rekabentuk sendiri dari unit R&D mereka, bukan dari kedai-kedai aksesori di Thailand.

Usaha jujur memang nampak jelas dan nyata berbanding dengan usaha-usaha untuk mengikut pesaing lain, bukan?

Ranger generasi ketiga hadir dengan lampu LED paling berani (sistem lampu LED matriks dengan DRL bentuk C), gril paling menonjol dan ya, ciri rekabentuk yang akan membuatkan jiran dari kampung sebelah pun nampak yang anda sedang memandu trak pikap paling canggih di dalam negara - Ford Ranger Generasi Ketiga.

 

8. Cantik tanpa power tidak ada guna - Ranger ada semuanya!

Ranger


Enjin Bi-Turbo yang diperkenalkan semasa Ranger generasi kedua dihasilkan adalah enjin paling berkuasa ketika itu, sehingga memaksa gergasi seperti Toyota terhenti sebentar untuk menghasilkan enjin yang mampu bersaing dengannya.

Kali ini, enjin yang sama diberikan penalaan yang lebih baik agar ia memberikan anda sebanyak 210 PS dan daya kilas 500 Nm yang anda boleh rasai sebaik sahaja menekan pendikit.

Digandingkan dengan pengendalian trak pikap terbaik di dalam kelasnya, Ford Ranger masih mengekalkan gelaran trak pikap yang paling mirip sebuah kereta!
 

Ranger


Macam mana anda mahu melihatnya?

Ford tahu ramai peminat mahu melihat Ranger baharu ini dengan lebih dekat. Untuk itu, anda boleh mendaftar secara rasmi di pautan ini untuk mendapat jemputan eksklusif dan juga kemaskini berkaitan informasi Ford Ranger secara berkala. Tarikh dan lokasi adalah seperti berikut:

Pulau Pinang - Queensbay Mall, Centre Court: 3-7 Ogos
Johor Bahru - Toppen Shopping Centre, Ground Floor: 10-14 Ogos
Kuching - Vivacity Megamall Centre Atrium: 7-11 September
Kota Kinabalu - Suria Sabah Shopping Mall Main Atrium: 5-9 Oktober


Untuk maklumat lanjut berkenaan Ranger generasi baru dan jadual acara pelancaran, SDAC dan Ford, anda boleh ikuti Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube Ford Malaysia atau layari www.sdacford.com.my.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…