8 basikal elektrik canggih yang ada di pasaran

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

1. Super 73

 

Super73

Basikal elektrik ini dipasang dengan motor elektrik berkuasa 1,000 watt dan mampu bergerak sejauh 36 km dengan kelajuan maksimum 48 km/j.

Super 73 dikuasakan oleh bateri 11.6 Ah lithium ion yang boleh dibuka untuk dicaj dan masa yang diambil untuk mengecaj bateri adalah empat jam.

Harga yang ditawarkan bermula daripada RM4,284 hingga RM13,664.

 

2. Greyp G12

 

greyp ebike

Basikal ini mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 70 km/j dan boleh bergerak sejauh 120 km dengan satu bateri penuh. Lebih menarik lagi, bateri akan dicaj sehingga 2kWh sewaktu penunggang membrek dengan bantuan teknologi hibrid.

Masa yang diambil untuk mengecaj bateri adalah 80 minit dan ia datang dengan bateri 1.5 kWh, lithium ion.

Jentera gabungan motosikal dan basikal ini ditawarkan pada harga RM37,202.

 

3. Bultaco Brico

 

bultaco

Basikal ini datang dengan empat varian berbeza iaitu “hard hitting, all roader, off road dan urbanite”. Ia ditawarkan dengan harga bermula daripada RM22,714 hingga RM25,014 hinnga RM4,895.

Ia dipasang dengan bateri lithium ion 1.3 kWh dengan kuasa 2 kW. Bultaco mampu bergerak untuk jarak 100 km dan masa yang diambil untuk mengecaj adalah selama tiga jam.

 

4. Carbon SUV

 

carbon suv

Basikal ini mempunyai kelajuan maksimum 35 km/j dan mampu bergerak sejauh 250 km (varian Best 500) dan 300 km (varian Best 749).

Carbon SUV dipasang dengan bateri 8.8 Ah (Best 500) dan 11.6 Ah (Best 749) dengan tork kemuncak 120 Nm.

Ia ditawarkan pada harga bermula daripada RM9,824 hingga RM10,678.

 

5. Sondors

 

sondors

Ia dipasang dengan bateri Samsung lithium ion 8.8 Ah dan mampu mencapai kelajuan sehingga 20 km/j. Dengan satu bateri penuh, ia boleh bergerak sejauh 80 km.

Harga yang ditawarkan adalah lebih mampu milik iaitu RM2,135.

 

6. Stealth B-52

 

stealth b52

Kelajuan maksimum yang mampu dicapai adalah 50 km/j dan ia boleh bergerak sejauh 80 km. Masa yang diambil hanya dua jam untuk caj. Kuasa yang mampu dihasilkan oleh jentera Stealth B-25 adalah 5.2 kW.

Harga yang ditawarkan adalah RM42,279.

 

7. Enorm Bikes

 

enorm

Basikal dengan rekabentuk futuristik ini dipasang dengan bateri 48 volt yang mampu bergerak sehingga 100 km. Ia turut datang dengan pembesar ruasa dan port USB.

Enorm bikes dijual pada harga RM17,086.

 

8. Trifecta

 

Trifecta

Jentera ini mempunyai kuasa 4 kW dan bateri akan dicaj apabila penunggang membrek dengan teknologi hibrid. Basikal elektrik ini mampu bergerak sejauh 100 km dengan kelajuan maksimum 70 km/j. Berat jentera ini adalah 37 kg.

Harga yang ditawarkan adalah RM106,787.

Diambil dari Top 8 Radical E-Bikes Available Now https://www.youtube.com/watch?v=b-YyKy8WWmo&feature=youtu.be

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Digital e-Bike (gambar utama) merupakan basikal yang serba minimalis dan futuristik, terima kasih…
Berita Global
Hot Wheels Super73-RX akan ditawarkan sebanyak 24 unit sahaja, dan berupaya bergerak sejauh 64 km…
Berita Global
Berdasarkan laporan daripada Forbes, syarikat Kanada itu telah berjaya merekodkan sehingga 10,384…