790 pelajar IPT pulang ke rumah mulai malam tadi

oleh Mohamad Hanif|
Seramai 790 orang pelajar IPT telah pun berlepas dari sembilan pusat pelepasan IPT sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor untuk pulang ke kampung halaman masing-masing malam tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, sembilan pusat pelepasan tersebut adalah:

  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - 89 orang
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 150 orang
  • Universiti Malaya (UM) - 164 orang
  • Universiti Putra Malaysia (UPM) - 80 orang
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam - 146 orang
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) - 50 orang
  • Universiti Teknologi Malaysia cawangan Kuala Lumpur (UTM KL) - 49 orang
  • Universiti Sains Islam Malaysia cawangan Kuala Lumpur (USIM KL) - 31 orang
  • Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah - 31 orang

Pergerakan ke 17 buah destinasi di tiga negeri utara malam tadi menggunakan perkhidmatan 50  buah bas yang telah disanitasi, dan daripada itu, 32 bas menuju ke Kedah, 13 ke Pulau Pinang, dan lima lagi ke Perlis.

Setibanya di destinasi masing-masing, para pelajar akan dijemput oleh seorang wakil keluarga di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) atau Pejabat Daerah, manakala jika keluarga tidak dapat menjemput di lokasi ketibaan, urusan penghantaran akan diuruskan oleh agensi kerajaan yang terlibat.

Sebelum ini, kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan pegerakan pelajar dari kawasan zon hijau ke kampung halaman (zon hijau) secara berperingkat bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

 


Segala proses persiapan penuntut UKM malam ini membabitkan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Setelah bersabar lebih 40 hari sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, rata-rata penuntut yang ditemui jelas gembira kerana dibenarkan pulang ke rumah secara berperingkat mulai malam ini.

Perasaan teruja dan gembira itu dikongsikan seorang penuntut UKM jurusan Sains Politik, Muhammad Jurais Abdullah, 23 tahun, ketika ditemui sebelum menaiki bas menuju ke Arau, Perlis. 

“Saya teruja dan gembira, perasaan saya ini bercampur-baur kerana akhirnya dapat juga bersama dengan keluarga di bulan Ramadan dan seterusnya Aidilfitri,” katanya dan mengucapkan ribuan terima kasih khusus kepada KPT dan anggota yang terlibat dalam menguruskan pergerakan penuntut pulang ke rumah masing-masing.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun, pergerakan ini terhad kepada rumah masing-masing yang terletak di ZON HIJAU sahaja di mana…
Berita Domestik
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penghantaran pulang itu…