75 unit Volkswagen lancar Beetle Collector's Edition untuk direbut - harga dari RM165 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai memberi penghormatan kepada Volkswagen Beetle yang telah pun ditamatkan produksi pada tahun ini, Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) melancarkan Beetle Collector's Edition.

Ditawarkan dalam 75 unit yang sangat terhad, Beetle edisi akhir ini dijual pada harga RM164,390 serta tambahan aksesori bernilai sehingga RM12,000 yang merangkumi spoiler belakang, filem dekoratif, pedal sports aluminium, pemijak kaki, VW Tint dan emblem produksi. 
 


Setiap pemilik juga bakal disertakan dengan satu sijil pemilikan rasmi Collector's Edition.

Beetle Collector's Edition ini hadir dalam layangan warna Blue Silk, Pure White, Habanero Orange, dan Tornado Red. 
 


Volkswagen Beetle turut menempa sejarahnya yang tersendiri di Malaysia apabila ia mula dipasang secara rasmi di Shah Alam bermula tahun 1968, dan ia menjadi sebahagian daripada pengalaman membesar kebanyakan rakyat Malaysia. 

Sejarah Beetle bermula 80 tahun yang lalu apabila rekaan Ferdinand Porsche telah dipilih dan semenjak itu, Beetle menjadi antara kereta paling laris selama tiga generasi berturut-turut. 
 

 

Pelancaran Beetle Collector's Edition ini adalah sebahagian daripada kempen Bye Bye Beetle Volkswagen, serta acara perhimpunan Beetle yang paling besar di Malaysia di Putrajaya pada 13 Julai ini. 

Semua model Volkswagen, termasuk Beetle hadir dengan penyelengaraan percuma selama tiga tahun, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Contoh yang dibawakan kali ini merupakan hasil kerjasama antara Volkswagen Group Components dan…
Berita Domestik
  Dalam ucapan Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter telah berkata bahawa memandangkan Beetle ini…
Berita Domestik
  Sambutan itu akan dimulakan dengan konvoi Beetle Sunshine Tour yang melibatkan sebanyak 100 buah…