74,600 Panamera dipanggil semula kerana isu stereng

oleh HEZERI SAMSURI|

Porsche akan memanggil semula (recall) sebanyak 74,585 unit Panamera di seluruh dunia kerana masalah pada perisian yang mampu mengakibatkan stereng berkuasa elektrik itu tidak berfungsi untuk seketika.

Panggil-semula ini membabitkan Panamera yang dibuat antara 6 March 2016 sehingga 6 Disember 2018.

Menurut Porsche, jika masalah itu berlaku, pemandu perlu menggunakan lebih tenaga untuk menggerakan stereng tersebut.

Cara pembaikan ialah perisian baharu akan diprogram ke dalam kenderaan tersebut sebagai pencegahan sekiranya masalah stereng kejung itu berlaku.

Porsche akan menghubungi kesemua pemilik secara bertulis, tetapi pemilik masih boleh menggunakan Panamera mereka. Pemilik yang berkaitan akan diminta untuk menghubungi pengedar Porsche terdekat secepat mungkin.

Untuk mereka yang membeli Porsche Panamera baik-pulih terpakai (recond), sila hubungi pengedar Porsche rasmi untuk meminta mereka memeriksa nombor casis kenderaan anda.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ferrari telah memanggil semula model terlibat kerana ia mendapati bahawa kemungkinan kebocoran…
Berita Global
Menurut kenyataan State Administration for Market Regulation (SAMR) di China, Tesla akan memanggil…
Berita Global
Menurut dokumen National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), kesemua model tersebut…