73 jalan, lebuh raya ditutup di Selangor

oleh SALINA JALIL|
Sebanyak 73 jalan utama dan beberapa lebuh raya di seluruh Selangor ditutup berikutan masih dinaiki air sehingga pukul 4 pagi tadi dan jumlah tersebut dilihat meningkat berbanding semalam.


Selain daerah ini, penutupan itu turut melibatkan kawasan Klang, Subang Jaya, Sungai Buloh, Sepang, Kuala Langat dan Hulu Selangor.

 

Laluan yang ditutup itu mencatatkan peningkatan berbanding 71 jalan pada pukul 10 malam tadi.

 

Penutupan itu turut melibatkan Lebuhraya Shahpadu, Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya NKVE.

 

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor memaklumkan perkembangan penutupan akibat banjir itu dibuat menerusi pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

 

Senarai nama jalan itu adalah seperti berikut:

 

IPD Klang Utara

1) Lebuhraya Shahpadu

2) Jalan Haji Sirat Menghala Kapar

3) Persimpangan Jalan Meru

4) Persiaran Sg Keramat

5) Batu 4 Jalan Kapar

6) Grand Shahpadu Tol Rantau Panjang

7) Jalan Meru Setia Alam Klang Central

8) Jalan Inang 5 Bukit Raja

9) Jalan Bukit Kapar

 

IPD Sg Buloh 

1) Simpang Empat Bandar Desa Coal Field Puncak Alam Berdekatan Dengan Lampu Isyarat

2) Jalan Bukit Cerakah Desa Coalfield Menghala Alam Jaya

 

IPD Subang Jaya

1) Jalan Kampung Kenangan, USJ 8

2) Jalan Jurutera, Bukit Puchong

3) Kampung Bestari, Bukit Puchong. 

4) Kampung  Seri Aman, Bukit Puchong.

5) Kampung  Sri Puchong, Bukit Puchong.

6) Lorong Ikan Sepat Kg Bukit Lanchong, Putra Heights.

7) Lorong Ikan Keli Kg Bukit Lanchong, Putra Heights.

8)  Lorong Ikan Haruan Kg Bukit Lanchong, Putra Heights.

9) JalanKampung Tengah, Putra Heights.

10) Jalan Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Heights.

11) KTM Batu 3, Subang Jaya.

 

IPD Kuala Langat 

1) Jalan Sukepi

2) Jalan Kg Jenjarom

3) Jalan Bkt Komandol

4) Jalan Rimbayu

5) Jalan Masjid Bt. 9

6) Jalan Garuda

7) Jalan Kasawari

8) Jalan Tiong

9) Jalan Jalak

10) Jalan Murai

11) Jalan Merak

12) Jalan Perepat

13) Jalan Prupuk

14) Jalan Makmur

15) Jalan Mikon

16) Jalan Ibrahim

17) Jalan Kuntoni

18) Jalan Borhan

19) Jalan Bkt Serdang

20) Jalan Perak Kiri

21) Jalan Sentosa

22) Jalan RRB

23) Jalan RTB

24) Jalan Pinggir Dua

25) Jalan Pak Rashid

26) Jalan Rantau Panjang

27) Jalan Wak Iman

 

IPD Sepang 

1) Jalan Labu Lanjut/Taman Dataran Abadi

2) Jalan Kota Warisan/BBST

3) Jalan Bukit Canggang/ Bandar Baru Salak Tinggi.

4) Jalan Salak/Sepang

5) Jalan Kg Ginching (hadapan Masjid)

 

IPD Shah Alam 

1) Jalan HICOM

2) Persiaran Jubli Perak Sek 19

3) Lebuhraya LKSA Dari Arah Jubli Perak ke Plaza Tol Sri Muda

4) KM 8.5 NKVE

4) Jalan Bukit Kemuning Dari Persiaran Kuala Selangor ke Sri Muda

6) Lebuhraya Elite Kedua Arah

 

IPD Klang Selatan

1) Jalan Raja Nong Klang

2) Jalan Teluk Pulai

3) Jalan Kampung Delek

4) Jalan Teluk Gong

5) Jalan Sungai Jati

6) Jalan Perigi Nenas

7) Jalan Johan Setia

8) Jalan Selat Damai

9) Jalan Kampung Pandan

10) Jalan Kg Nelayan Teluk Gong

 

IPD KLIA

1) Jalan bulatan Masjid KLIA menghala Charterfield KLIA

2) Jalan Banting menghala ke Nilai (Hadapan Bomba KLIA)

 

IPD Hulu Selangor 

1) Jalan Kuala Kubu Bharu –  Bukit Fraser menghala ke Peretak

 

 

UtusanOnline

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, laluan yang menghubungkan Kampung Lahar Bongor ke Kampung Teluk Sungai Durian,…
Informasi
  Katanya, bagaimanapun polis menyediakan jalan alternatif bagi mengawal lalu lintas perarakan…
Informasi
  "Saya mengesahkan kejadian. Di kilometer yang dikongsikan pengguna di Facebook. Apa-apa…