718 Cayman SportDesign Series dilancarkan - 15 unit sahaja di Malaysia, harga dari RM625k

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah lebih daripada dua tahun membuat kemunculan di Malaysia, Sime Darby Auto Performance selaku pengedar Porsche membawakan Porsche 718 Cayman yang didatangkan dengan pakej sporty terbaharu, iaitu Porsche 718 Cayman SportDesign Series. 

Model edisi terhad ini hanya ditawarkan sebanyak 15 unit sahaja di Malaysia, dan setiap 5 unit akan dilayangkan dengan warna yang berbeza: Racing Yellow, Guards Red dan Carrara White Metallic


 


Secara keseluruhan, 718 Cayman SportDesign Series menampakkan perbezaan yang ketara daripada model 718 biasa, baik dari segi prestasi bahkan termasuklah elemen visual yang dipertontonkan. 

Di bahagian luar, pakej SportDesign ini didatangkan dengan spoiler hadapan dan apron pada bahagian hadapan, sebelum diikuti oleh penampilan elemen hitam pada ruang pemegang pintu. 

Untuk memberikan imej yang lebih garang dan sporty, 718 Cayman posisi tengah ini turut diberikan penampilan berwarna hitam. 
 


Sistem pencahayaan utama 718 Cayman SportDesign ini didatangkan dengan ciri Porsche Dynamic Light System Plus (PDLS+) bagi memberikan penglihatan yang optimum tanpa mengganggu pengguna jalan raya yang lain. 

Menghiasi ruang arca roda adalah rim aloi forged bersaiz 20 inci dengan rekaan Carrera S ataupun Carrera Sport Wheel, sebelum diakhiri dengan kemasan warna hitam berkilat.

Perkakasan di bahagian dalaman juga cukup meriah dengan dekoratif berasaskan karbon dan kulit hitam, termasuklah tempat duduk yang didatangkan dengan tetapan 14 cara dan fungsi memori untuk kedua-dua pemandu dan penumpang. 
 


Sistem hiburan pula menggunakan Bose Surround Sound System berkuasa 505 watt dengan 10 buah speaker keliling kabin memberikan kualiti audio yang mempersonakan. 

Dari segi pengendalian, Porsche 718 Cayman SportDesign ini hadir dengan ciri Porsche Active Suspension Management (PASM) sebagai ciri standard, membolehkan kereta duduk rendah sebanyak 10 mm. 

Enjin boxer 2.0 liter turbo pula menghasilkan kuasa yang enak setinggi 300 hp dan daya kilas 380 Nm yang masuk pada julat putaran enjin 1,950 - 4,500 rpm, sebelum kotak gear PDK klac berkembar mengedarkan kuasa tersebut ke roda belakang. 
 


Pecutan dari 0-100 km/j pula mampu mencapai kepantasan 4.7 saat sahaja dengan kelajuan tertinggi sekitar 275 km/j.

Dengan 15 unit tersedia untuk pasaran Malaysia, Porsche meletakkan harga hantaran bermula dari RM625,000 tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan pengeluar selama empat tahun serta pakej penyelenggaran percuma.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam ujian penilaian terakhir yang dibuat, model pertama 718 Cayman yang memakai lencana RS itu…
Berita Global
Menurut laporan daripada Car and Driver, model 718 versi EV telah pun diperlihatkan menerusi model…