70 tahun, Honda berjaya hasilkan 400 juta unit motosikal!

oleh Mohamad Hanif|
Sama ada anda sedar atau tidak, Honda sebenarnya merupakan salah satu syarikat pengeluar kenderaan yang bermula daripada penghasilkan motosikal pada tahun 1950-an.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tahun pertama pengasasan Honda oleh Soichiro Honda, motosikal pertama yang dibina oleh syarikat tersebut adalah sebuah Dream D-Type yang sebenarnya merupakan sebuah basikal yang diberikan enjin 98 cc berkuasa 3 hp.

70 tahun berlalu, Honda kini merupakan nama besar di dalam arena jentera dua roda dengan unit penghasilan kini mencecah 400 juta unit, sekaligus menobatkan Honda sebagai pengeluar motosikal terbesar di dunia. 

Unit yang ke-400 juta tidak lain dan tidak bukan, sebuah Super Cub yang merupakan produk motosikal terlaris di dunia, di mana produksi Super Cub sebenarnya telah pun mencapai unit yang ke-100 juta pada tahun 2017 lagi!

Untuk mencapai ke tahap ini, bukanlah sesuatu yang mudah walaupun ia sebuah Honda. 
 


Ini kerana Honda suatu ketika dahulu mengambil masa kira-kira 20 tahun untuk mencapai unit produksi yang ke-10 juta unit yang pertama, dan melihatkan kepada kadar produksi motosikal yang semakin pesat, Honda berjaya mencatatkan angka produksi yang ke-200 juta pada tahun 2008 dan 300 juta pada tahun 2014.

Dan dalam masa lima tahun selepas itu, Honda berjaya menambah lagi 100 juta unit ke dalam rekod produksinya. 

Jika anda perasan sekali lagi, perkataan Dream pada nama model motosikal pertama Honda merupakan kata kunci dan identiti Honda. 

Perkataan dalam tulisan kanji Jepun yume (dream) tersebut boleh diperhatikan sekiranya anda melawat mana-mana muzium Honda di dunia, selain menjadi sebahagian daripada kata-kata yang mendefinisikan Honda "The Power of Dream". 
 


Menurut Soichiro Honda, beliau sendiri tidak mengingati bagaimana asal usul nama Dream tersebut diperoleh, namun selalu berpesan bagaimana Honda suatu hari nanti akan menjadi sebuah pengeluar bertaraf dunia.

"Mungkin dari situ, nama Dream diperoleh," ujarnya. 

Dari definisi yang diberikan oleh Honda, Dream merupakan suatu nama yang melambangkan Honda itu sendiri, dan mesin (Honda Dream D-Type) ini merupakan jelmaan impian syarikat untuk menjadi sebuah pengeluar motosikal. 

Selamat menyambut ulang tahun yang ke-70, Honda!

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…