7 teknologi pemanduan canggih yang bakal ada dalam kereta anda

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sebelum ini timbul juga isu yang hangat diperdebatkan iaitu harga kereta makin menurun. Ada yang kata turun, ada yang kata tidak dan ada yang kata sama sahaja.

Hakikatnya untuk sesetengah model kereta memang diturunkan tetapi di dalam julat yang kecil sehingga ia tidak disedari oleh khayalak terbanyak.

Bila bercakap tentang harga kereta ia sebenarnya agak subjektif, boleh jadi pengeluar ingin melindungi pelanggan sedia ada supaya harga tidak jatuh merudum yang akhirnya akan menjejaskan pelanggan apabila hendak menukar beli kepada model baharu.

Apa yang sesetengah pengeluar buat ialah melengkapi kereta generasi baharu dengan pelbagai teknologi baharu dan canggih seperti enam beg udara dan teknologi adaptive cruise control.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
SEAT Driver Assistance

 

Bercakap tentang teknologi, sekarang ini kita boleh lihat kereta-kereta baharu dilengkapi pelbagai kelengkapan canggih malah lebih mengujakan apabila turut memasuki sempadan model-model kebanyakan.

Lihat sahaja Perodua Myvi di mana ia dilengkapi teknologi Advanced Safety Assist yang biasanya didapati pada kereta mewah.

Sebelum itu, Proton Iriz telah menggegar segmen kereta kompak dengan enam beg udara di masa jenama luar masih terkial-kial dengan empat dan dua beg udara untuk model mereka.

Pada masa akan datang dijangka pelbagai teknologi premium akan terus dilengkapi pada untuk kereta-kereta biasa.

Sebelum itu, tahukah anda apa teknologi tersebut?

Oleh itu SEAT yang merupakan pengeluar dari Sepanyol dan bernaung di bawah kumpulan Volkswagen memberikan tujuh teknologi bantuan pemanduan canggih di dalam kereta hari ini.

Marc Seguer adalah individu yang bertanggung jawab dalam perkara ini di SEAT dan berikut adalah penerangan dari beliau:

1. Brek Automatik yang mencegah daripada kemalangan

 

SEAT Driver Assistance

 

Untuk mengelakkan berlakunya pelanggaran dengan objek hadapan, teknologi Front Assist mengawal jarak kereta yang dipandu dengan kenderaan atau pejalan kaki di hadapan.

Apabila pemandu leka terdapatnya risiko pelanggaran, sistem ini akan mengeluarkan amaran dan jika tiada tindakan ia akan membrek secara automatik.

2. Kesesakan yang kurang tekanan

Brek, menekan pedal minyak dan brek kembali. Ini adalah aksi yang meletihkan. Teknologi Traffic Jam Assist dapat mengambil alih fungsi ini supaya pemandu boleh bertenang. Teknologi ini mampu menukar gear secara automatik, mengawal kelajuan dan mengekalkan jarak selamat dalam keadaan yang diperlukan.

3. Tiada penukaran lorong secara tiba-tiba

Teknologi ini dipanggil Lane Assist. Ia dapat membantu pemandu supaya kekal berada di laluan dengan pelarasan stereng secara minor dan automatik.

Teknologi ini berfungsi melalui kamera hadapan yang dapat mengecam tanda jalan raya dan ia akan memberi amaran jika kereta tersasar dari laluannya.

4. Pemandu yang patuh pada undang-undang

 

SEAT Driver Assistance

 

Teknologi Traffic Sign Recognition Assist melalui kamera hadapan mencerap papan tanda jalan raya bagi mengesan had kelajuan, larangan memotong atau kerja pembaikan jalan. 

Maklumat ini akan digunakan bagi memberi amaran dengan memaparkannya pada panel meter. Teknologi ini juga boleh menetapkan amaran berbunyi jika kereta dipandu pada kelajuan yang tidak sepatutnya.  

5. Tiada lagi titik buta

 

SEAT Driver Assistance

 

Pemandu tidak perlu risau untuk menukar lorong terima kasih kepada amaran dalam bentuk visual yang diletakkan pada cermin sisi.

Amaran itu akan dikeluarkan jika terdapat kenderaan menghampiri ke dalam kawasan yang tidak terjangkau oleh penglihatan.

Teknologi Blind Spot Detection berfungsi melalui dua radar yang mengawasi jalan raya di bahagian belakang bagi memastikan pemanduan selamat.

6. Perjalanan lebih selesa

Satu teknologi yang sudah biasa didapati pada kenderaan di negara kita ialah Adaptive Cruise Control. Teknologi membolehkan pemandu menetapkan kelajuan dan mengambil alih keupayaan untuk menambah atau memperlahankan kelajuan bergantung kepada keadaan trafik.

Kereta juga boleh membrek secara automatik tanpa pemandu perlu membuat apa-apa tindakan.

7. Sistem parkir automatik

 

SEAT Driver Assistance

 

Melalui bantuan kamera dan monitor 360°, teknologi Park Assist dapat mengemudi stereng untuk memarkir kenderaan. Teknologi ini dapat mengira jarak dan mengelak daripada kemalangan.

Walaupun teknologi yang dinyatakan ini eksklusif untuk kereta berharga premium tetapi sedikit demi sedikit sudah dilengkapi pada kereta kebanyakan.

Melalui undang-undang, desakan dan persaingan, teknologi canggih ini dijangka akan boleh dinikmati oleh lebih ramai orang awam.

Teknologi seperti ini mempunyai begitu banyak faedah apabila Suruhanjaya Eropah menjangkakan ia bakal melindungi 7,300 nyawa dan mencegah 38,900 kecederaan parah dalam tempoh 2020 hingga 2030.

Kita berusaha dan Allah menentukannya.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Thomas berkata, "model SEAT sedia ada akan terus dihasilkan dalam…
Informasi
  Begitu canggih sehinggakan jurutera boleh ke pelbagai tempat dari puncak gunung Mont Blanc…
Berita Global
  Sekam padi kitar semula itu lebih ringan berbanding kedua-dua bahan tersebut. Jika menjadi,…