7 Perkara Anda Perlu Tahu Berkenaan BMW 740Le xDrive & BMW X7 xDrive40i Pure Excellence

oleh Mohamad Hanif|
Dua buah jentera di dalam keluarga 7 series akhirnya diperkenalkan secara rasmi oleh BMW Malaysia, iaitu BMW 7 Series sedan dan Sport Activity Vehicle (SAV) BMW X7.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tanpa membuang masa, anda perlu tahu tujuh perkara berkenaan sedan dan SUV bertaraf mercu daripada BMW Malaysia ini:

 

1. Didatangkan dalam penawaran varian tunggal.


Kedua-dua sedan BMW 7 Series dan X7 ini hanya ditawarkan dalam satu varian tunggal sahaja, iaitu BMW 740Le xDrive Pure Excellence dan BMW X7 xDrive40i Pure Excellence
 

2. Nadi kuasa enam silinder sebaris


Untuk sedan 7 Series, ia dikuasakan oleh enjin petrol enam silinder sebaris 3.0 liter yang mampu menjana 286 kuasa kuda, dan motor elektrik yang mampu menghasilkan 113 kuasa kuda. 

Secara keseluruhannya, BMW 740Le xDrive ini mampu menghasilkan kuasa sebanyak 394 kuasa kuda, dan mampu memecut dari pegun ke 100 km/j dalam masa 5.1 saat sahaja. 

Manakala BMW X7 xDrive40i Pure Excellence pula dikuasakan oleh nadi 3.0 liter enam silinder sebaris yang menjana 340 kuasa kuda dan 450 Nm daya kilas. 

Pecutan 0-100 km/j pula hanya mengambil masa kira-kira 6.1 saat sahaja. 

Kedua-dua dipadankan dengan transmisi Steptronic Sport lapan nisbah kelajuan. 

 

3. Penggayaan terkini BMW 


Di bahagian hadapan, penggayaan gril kidney ikonik BMW yang besar dan diapit dengan penggunaan BMW Laserlight yang mampu menerangi jalan sejauh 600 meter tanpa sebarang masalah. 

Ciri Air Breather atau liang udara yang hampir menegak juga boleh didapati di bahagian sisi kenderaan, bermula dari belakang arca roda hadapan sehingga ke belakang. 

Untuk sedan 740Le xDrive, ia didatangkan dengan rim aloi bersaiz 19 inci manakala untuk SAV X7 xDrive40i pula, rim 21 inci menghiasi ruang arca roda dengan jarak kelegaan tanah 1,085 mm, 60 mm lebih tinggi berbanding BMW X5.
 

4. Keselamatan dan keselesaan seiring


Pelbagai sistem bantuan pemanduan yang ditawarkan seperti BMW Personal CoPilot yang menggabungkan penggunaan kamera dan radar bagi mengesan kehadiran objek di sekeliling, malah penunggang basikal juga turut tidak terkecuali. 

Ia juga turut merangkumi ciri seperti Amaran Keluar Laluan, Amaran Penukaran Laluan, Bantuan Pengekalan Laluan, Perlindungan Pelanggaran Sisi Aktif, Amaran Lintasa Trafik Hadapan dan Belakang serta Pencegahan Pelanggaran Belakang. 

Di dalam bandar, ia dibantu dengan ciri Bantuan Berhenti Kecemasan, Bantuan Mengelak, Amaran Lintasan dengan Fungsi Brek Bandar. 
 

5. Ciri hiburan terkini dengan ConnectedDrive
 


Sama seperti apa yang ditawarkan oleh kenderaan BMW masa kini, kedua-dua model ini juga turut dilengkapi dengan BMW Live Cocpit Professional dengan sistem operasi BMW Operating System 7.0. 

Skrin paparan kluster bersaiz 12.3 inci berserta skrin tengah 10.25 inci yang boleh diakses dengan lima input yang berbeza, iaitu butang pada stereng, iDrive Controller, skrin sentuh, kawalan suara serta kawalan Gestur. 

Selain daripada itu, pakej Connected Package Professional menawarkan khidmat seperti Servis Jarak Jauh, Servis Rencam, Apple Car Play dan Fungsi Pintar. 
 

6. Warna serba eksekutif dan elegan


BMW 740Le xDrive hadir dalam penawaran empat warna yang elegan iaitu Mineral White, Black Sapphire, Bernina Grey dan Imperial Blue, dan didatangkan dengan upholsteri Black Nappa Leather atau Cognac Nappa Leather. 

Manakala BMW X7 xDrive40i pula didatangkan dalam tujuh warna iaitu Mineral White, Black Sapphire, Artic Grey, Sophisto Grey, Phytonic Blue, Terra Brown, Vermont Bronze.

Upholsteri pula ditawarkan dalam tiga pilihan iaitu Black Leather Vernasca, Coffee Leather Vernasca, atau Cognac Leather Vernasca dengan papan pemuka hitam, atau Canberra Beige Leather Vernasca dengan papan pemuka Mokka. 
 

7. Harganya juga cukup eksklusif


Harga jualan bagi BMW 740Le xDrive Pure Excellence bermula dari RM594,800 atau bulanan serendah RM6,788.00 berdasarkan Balloon Financing Plan oleh BMW Group Financial Services. 

SAV BMW X7 xDrive40i Pure Excellence pula dijual pada harga RM888,800.00 atau bulanan bermula dari RM10,138.00 berdasarkan pelan pembiayaan yang serupa. 

Setiap pembelian didatangkan dengan Pemilikan Premium yang merangkumi 
•    Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
•    Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran dan servis ‘Run Flat Tyre’
•    Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
•    Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - BMW White Card
•    Servis Dalam Talian BMW


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun tidak dapat dinafikan, sedan 7 Series juga kini menjadi pilihan golongan pemimpin di mana…
Berita Global
Dengan adanya i7 Protection ia sekaligus menjadikannya sedan elektrik pertama di dunia yang…
Berita Global
Seperti yang dijangkakan, pendekatan bahasa rekaan yang digunakan oleh BMW kerap kali mengundang…