7 kereta untuk mereka yang kaya dan berani

oleh ONNY IZWAN|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Walaupun anda seorang yang kaya-raya, belum tentu lagi anda seorang yang berani atau mampu mengendali sebuah kereta supercar berprestasi tinggi.

Namun, ada antara kita yang berkebolehan dari segi wang dan sikap untuk menguasai kereta-kereta terlalu berkuasa ini, sama seperti seorang koboi yang mampu dan berani untuk menguasai seekor kuda liar.

K1

K2

K3

Koenigsegg Regera (1,479 bhp)

Model yang terbaik dari pembuat kereta supercar dari Sweden, Regera mempunyai kuasa tork sangat tinggi (1,986 Nm) ia hanya perlukan satu gear untuk mencapai kelajuan tertinggi melebihi 400 km/j dengan menggunakan kuasa 1, 479 bhp dari enjin 5.0-liter turbo berkembar V8.

B1

B2

B3

Bugatti Chiron (1,479bhp)

Chiron ialah pengganti Veyron, sebuah supercar yang mempunyai kelajuan melebihi kereta Formula One. Untuk memastikan ia lebih berprestasi dari Veyron, sebanyak 300 bhp telah ditambah untuk menghasilkan 1,479 bhp, sama seperti Koenigsegg Regera tetapi dengan kelajuan tertinggi 420 km/j, langsung mendapat gelaran sebagai kereta terlaju dunia.

R1

R2

R3

Rimac Concept S (1,384bhp)

Concept S ialah versi terbaharu dari pembuat kereta dari Croatia, dan ia ialah kereta berkuasa elektrik. Ia mampu memecut dari sifar ke 100 km/j dalam masa 2.5 saat, mengalahkan hampir semua supercar dalam dunia ini. Ia mungkin tidak dapat mengalahkan kelajuan tertinggi Chiron, tetapi masih berupaya menghasilkan kelajuan tertinggi 365 km/j.

EP1

EP2

EP3

Nio EP9 (1,341bhp)

Memang kereta ini tiada siapa yang kenal. Sebab itu ia telah mengambil perhatian dunia dengan memecahkan rekod pusingan litar Nurburgring baru-baru ini. Berharga £1.4 juta, hanya 10 buah EP9 sahaja akan dibuat oleh syarikat dari China, Nio. Kereta berjana elektrik, ia berkuasa satu megawatt, iaitu bersamaan 1,341 bhp, dan mempunyai kelajuan tertinggi 312 km/j.

SF1

SF2

SF3

Ferrari 812 Superfast (789bhp)

Apa lagi nama yang sesuai selain Superfast bagi model terbaharu Ferrari ini? Dengan menggunakan enjin 6.5-liter V12, 0-100 km/j dihabiskan dalam 2.9 saat dan kelajuan tertinggi melebihi 340 km/j.

LB1

LB2

LB3

Lamborghini Aventador S (740bhp)

Senarai ini tidak sah kalau tiada jenama Lamborghini. Ini ialah model Aventador terbaharu, yang diperkasakan dengan tambahan 40 bhp untuk menghasilkan 740bhp, dengan keupayaan tayar belakang untuk dikendali (rear-wheel steering). Mungkin bukan yang paling laju tetapi ia mungkin yang paling menarik disini.

Mc1

Mc2

Mc4

McLaren 720S (710 bhp)

Ini ialah kereta supercar yang terbaharu didunia. Dari barisan Super Series II dari McLaren, menggantikan model sebelumnya iaitu 650S. Enjinnya juga baharu, iaitu 4.0-liter turbo V8 yang mampu menghasilkan kelajuan tertinggi 341 km/j dengan daya pecutan ke 100 km/j selama 2.9 saat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…