7 jalan sekitar Batu Caves ditutup sempena perayaan Thaipusam

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Bagi memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang musim perayaan Thaipusam yang akan tiba pada 8 Februari ini, tujuh jalan di sekitar kawasan Batu Caves akan ditutup bermula malam ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed menyatakan penutupan tujuh jalan itu akan bergantung pada situasi semasa.

Dalam satu sidang media bertempat di Pusat Kawalan Polis di Kuil Batu Caves, beliau berkata, "Jalan yang ditutup sepanjang tempoh itu adalah persimpangan lampu isyarat Kampung Melayu Batu Caves; susur dari arah Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Kuil Batu Caves dan Jalan Batu Caves Lama ke pintu utama Kuil Batu Caves."

"Selain itu, simpang tiga persimpangan lampu isyarat hadapan stesen minyak Shell Batu Caves; simpang tiga Jalan SBC 8 atau Jalan Lama Batu Caves; susur MRR2 dari Sri Gombak menghala susur Jalan Perusahaan Batu Caves dan Jalan Perusahaan menghala ke Kuil Batu Caves,"

Menurutnya juga, hebahan mengenai penutupan jalan itu akan disebarkan melalui papan iklan elektronik dari arah Bulatan Batu Caves menghala ke Gombak bermula semalam, di samping pemakluman di laman rasmi Facebook Polis Daerah Gombak.

"Laluan alternatif yang dicadangkan oleh pihak polis akan dikemas kini melalui platform media sosial Facebook Polis Daerah Gombak.

Beliau turut berkata bahawa seramai 1,888 pegawai dan anggota polis dari pelbagai jabatan di seluruh kontinjen Selangor akan bertugas dalam Op Palu di 45 stesen di lima zon di sekitar Batu Caves selain dibantu 11 agensi lain.

"Perarakan Thaipusam akan bermula dari Tun H S Lee ke Batu Caves jam 10 malam esok dan dijangka tiba jam 3 petang pada Sabtu ini, namun jadual perjalanan itu bergantung kepada keadaan cuaca dan trafik.

"Kita anggarkan seramai dua juta pengunjung terdiri dari dalam dan luar negara mengunjungi Kuil Batu Caves bagi tempoh 15 Januari lalu hingga 15 Februari nanti,"

Beliau menambah, "Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa menjaga barang berharga bagi mengelak kecurian dan mengawasi pergerakan anak-anak serta mematuhi arahan pihak polis.

"Beri keutamaan kepada individu warga emas serta orang kurang upaya (OKU) dan orang ramai digalakkan memakai pelitup muka,"

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Penutupan itu akan dilaksanakan bermula jam 5.00 petang, 3 Februari 2024 sehingga 2.00 pagi, 4…
Berita Domestik
Menurutnya, kerajaan negeri perlu mempertimbangkan semula dan segera mengkaji pelaksanaan penutupan…
Berita Domestik
"Ini ialah proses yang sama seperti tempoh percubaan yang kita lakukan sebelum ini untuk melihat…