7-Eleven ambil alih 46% pegangan dalam Dego Ride

oleh Mohamad Hanif|
Rangkaian kedai serbaneka 24 jam yang meluas di Malaysia, 7-Eleven kini mengumumkan pengambilalihan syarikat di sebalik syarikat perkhidmatan penghantaran Dego Ride - MyInteractiveLab.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

7-Eleven Malaysia kini memegang sebanyak 46.5 peratus dengan transaksi bernilai RM7.5 juta. 

Selain daripada menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan, Dego Ride juga sedang melihat kepada penawaran perkhidmatan teksi motosikal di Malaysia. 

MyInteractiveLab diketuai ole Nabil Fiesal yang sebelum ini mengoperasikan Dego Ride sebelum ia 'diharamkan' oleh kerajaan terdahulu. 

Sebelum ia diharamkan, Dego Ride mempunyai kira-kira 1,500 orang rider dan lebih daripada 60.000 orang pengguna. 

Dengan pengambilalihan ini, 7-Eleven Malaysia kini meneroka peluang baharu di dalam arena teksi motosikal, selain mampu menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan dari cawangan 7-11 di seluruh negara. 

Sumber: Amanz