7 alasan yang boleh diberikan kepada isteri untuk ke Gazoo Racing di Medini hari ini dan esok!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ramai para suami yang memang tidak akan ke mana-mana sekiranya si isteri tidak mahu menurut.

Kata mereka, tidak seronok jika permaisuri hati tidak ada di sebelah. Hmmm ...

Apapun, untuk mereka yang mahu memujuk si isteri agar ke Medini City hari ini dan esok untuk perlumbaan Toyota Gazoo Racing, kami berikan lapan alasan yang dijangkakan akan membuat mereka sendiri mengheret tangan dan peha anda ke sana.

 

1. Shukri Yahaya dan Fattah Amin
Dua hero pujaan ini akan ada di sana untuk perlumbaan kelas Promotional dan dari pengalaman kami, Fattah Amin akan mencuba untuk mengalahkan Shukri Yahaya dalam perlumbaan Vios Challenge. Pasti si isteri hendak lihat wajah kedua pria ini secara live di sana!

 

2. Diana Danielle dan Janna Nick
Kedua selebriti ini mempunyai jutaan peminat dari kaum hawa.
Kedua-duanya tidak pernah lekang dari senyuman dan tidak penat melayan peminat-peminat mereka.
Walaupun kami faham kaum bapa sendiri mahu melihat kedua-dua artis ini, namun percayalah, isteri anda lebih kepingin melihat mereka.
 

 

3. Bas jelajah Media Prima juga hadir
Media Prima turut turun membawa satu bas penuh dengan selebriti mereka. Nama-nama seperti Nazrief Nazri, Intan Najwa, Adiba Yunos, Aishah Azman, Raja Afiq, Ruhainies, Zie Zainal dan Aliff Yasraff akan turut berada di sana untuk bertemu peminat dan mengedarkan cenderahati. 
Untuk penggemar drama telenovela tempatan, jangan lupa turun ke Medini ya!

 

4. Ejen Ali dan Comot pun datang
Si ibu pasti kenal kedua karektor ini dan pastinya mahu membawa anak-anak melihat dan bergambar bersama keduanya. 
Keduanya memang akan berada di Toyota Gazoo Racing untuk bertemu dengan anda!

 

5. Sajian dari trak makanan popular Johor
Tarikan lain sepanjang Toyota GAZOO Racing (TGR) di Medini City ini ialah kehadiran peniaga-peniaga trak makanan popular terutamanya dari Johor sendiri, seperti Brader Doug, Tacoloco, Salys Streetfood, dan Aromorasa.
Tidak perlu memasak dan jangan khuatir, memang masakan mereka sedap-sedap!

 

6. Dewan pameran berhawa dingin dengan aktiviti keluarga
Percaya atau tidak, bila berada di depan mata, si isteri turut mahu melihat kenderaan-kenderaan yang dipamerkan. Toyota CH-R baharu turut akan diperagakan dan mana tahu, jika puan menteri kewangan bersetuju, anda berhari-raya dengan kereta baharu tahun ini!

 

7. Pelbagai aktiviti keluarga
Sudah tiga pusingan Toyota Gazoo Racing dilakukan dan memang terbukti ada pelbagai aktiviti seperti pertunjukan seni dan pertandingan untuk anak-anak disediakan oleh UMW Toyota, dalam skala yang besar.
Ini bukan seperti acara pasar malam atau pameran kereta di laman parkir Mydin atau Giant, tetapi ia adalah umpama sebuah mini karnival permotoran yang dilakukan di dalam litar perlumbaan.

Jangan lepaskan peluang ini!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal…
Gaya Hidup
Menerusi video sama, treler yang membawa kereta tersebut juga dikatakan telah menghalang jalan…
Berita Global
Tindakan lelaki itu kemudian memaksa isterinya berjalan sejauh lebih 19.31 km untuk meminta bantuan…