68 tahun, Toyota Land Cruiser capai unit pengeluaran 10 juta unit!

oleh Mohamad Hanif|
Bermula daripada tahun 1951, unit pertama keluar dari barisan produksi tanpa siapa menyangka nama Land Cruiser masih lagi gagah menyelusuri seluruh pelusuk muka bumi selepas tempoh 68 tahun dan kini mencatatkan rekod produksi sebanyak 10 juta unit!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daripada zaman permulaan digunakan sebagai kenderaan peronda pasukan Polis Simpanan Nasional Jepun sehinggalah sekarang, Land Cruiser terdiri daripada 14 buah model yang berbeza dengan beribu variasi yang ditawarkan. 

Pada ketika itu jugalah nama Land Cruiser ini menjadi satu ikon kenderaan off-road pacuan empat roda yang paling dipercayai, serta menepati kod QDR yang menjadi amalan Toyota - Quality, Durability and Reliability. 
 


Pasaran Land Cruiser keluar dari negara Jepun bermula tahun 1955, apabila kira-kira 100 unit kenderaan dieskport keluar setiap tahun (untuk kegunaan tentera) dan berkembang pesat kepada angka 10,000 unit setahun pada pertengahan 1960-an.

Kesan daripada 'penaklukan' di benua Eropah, ia sekaligus membantu Toyota mencapai angka jualan sejuta unit pada tahun 1980. 

Sehingga kini, Land Cruiser berjaya bertapak di 170 buah negara dengan jumlah jualan tahunan direkodkan pada angka 400,000 unit. 

Sebut sahaja apa yang anda mahukan, Toyota Land Cruiser boleh melakukannya untuk anda - dari kenderaan ketenteraan, jentera off-road peribadi, bantuan kemanusiaan, mengangkut hasil pertanian di tanah tinggi, sehinggalah kepada aktiviti perlombongan 1,600 meter di bawah tanah. 
 


Menariknya, generasi pertama Toyota Land Cruiser juga diuji dalam keadaan ekstrem sebelum dibenarkan penjualannya kepada umum dan antara ujian yang dilakukan termasuklah mendaki pergunungan Agato untuk sampai ke kuil Shinto, serta laluan ziarah ke stesen keenam di Gunung Fuji. 

Kini, terbukti dengan 10 juta unit Land Cruiser berjaya dijual di seluruh dunia untuk tempoh 68 tahun, Land Cruiser akan terus mewarnai pelbagai laluan serta kondisi jalan selain menjadi satu tanda aras kepada kenderaan Toyota secara keseluruhannya.

Walaupun pada ketika ini Land Cruiser merupakan sebuah SUV yang mewah, moden dan selesa, ia masih meneruskan legasi Land Cruiser sebagai sebuah kenderaan yang boleh dipercayai dan mampu menawarkan keupayaan off-road yang tiada tandingan. 
 


Dan paling penting, ia merupakan sebahagian daripada apa yang membuatkan Toyota sebuah jenama yang lagenda dari aspek kejuruteraan yang cemerlang dan boleh dipercayai.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, laman Drive AU melaporkan Toyota telah mendaftarkan tanda dagang "Land Cruiser FJ" di…
Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Ini kerana beliau telah berjaya mengumpul sebanyak 24 buah Land Cruiser hanya dalam tempoh satu…