65 pengguna e-skuter diperiksa

oleh SALINA JALIL|
Seramai 65 individu menggunakan skuter elektronik (e-skuter) diperiksa dalam operasi di sekitar kawasan KLCC, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka, semalam.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, operasi dijalankan susulan terdapat aduan berhubung pengguna e-skuter yang melakukan kesalahan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Antara kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna e-skuter ini adalah menunggang kenderaan secara berdua; tidak menggunakan laluan ataupun siar kaki yang disediakan dan menunggang secara berbahaya di tengah jalan dan secara berkumpulan.

 

"Mana-mana individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 di mana bagi kesalahan pertama didenda sebanyak RM300 dan jika sabitan kesalahan kedua boleh didenda sebanyak RM1,000 atau penjara bagi tempoh 3 bulan," katanya.

 

Zulkefly berkata, penggunaan e-skuter mula diperkenalkan 29 Mei lalu dan menjadi trend masa kini serta mudah didapati kerana disediakan bagi kemudahan pengguna untuk bergerak dalam destinasi yang agak jauh bagi pejalan kaki ke pengangkutan awam.

 

"Lokasi e-skuter ini beroperasi di sekitar kawasan KLCC, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka. Kenderaan e-skuter tergolong di bawah takrifan kenderaan mikromobiliti.

 

"Penggunaan e-skuter di atas jalan raya tanpa pengawalan, pengawasan dan laluan yang ditetapkan boleh membahayakan diri dan juga pengguna jalan raya yang lain," katanya.

 

 

 

laporan dari Harian Metro

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Serbuan oleh Jabatan Pelesenan dan Pasukan Risikan dan Operasi Jabatan Penguatkuasaan MBPP itu…
Berita Global
Tindakan mengejut yang diumumkan pada lewat Khamis itu mencetuskan kritikan daripada pendokong…
Berita Domestik
Memanfaatkan saiz e-skuter yang mudah diakses, lebih ramai rakyat Malaysia mula menggunakannya…