62 lokasi di daerah Klang terdedah risiko banjir

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: FB Kampung Meru Klang
Kira-kira 62 buah lokasi di daerah Klang bakal terdedah dengan risiko banjir susulan fenomena air laut pasang besar dan monsun timur laut untuk tempoh sehingga Disember ini.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Berdasarkan laporan Malaysiakini yang memetik Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang, Shahman Jalaludin berkata, antar kawasan yang terlibat termasuklah Kampung Telok Gong, Sungai Serdang, Kampung Tok Muda dan Pulau Indah.

Lebih merisaukan apabila risiko banjir lebih tinggi pada bulan Oktober dan November di mana hujan akan bertembung dengan air pasang besar.

Jelasnya lagi, berdasarkan laporan tinjauan cuaca bagi tempoh September 2022 hingga Februari 2023 yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, Selangor dijangka akan menghadapi peralihan monsun barat daya kepada monsun timur laut.

“Peralihan monsun ini dijangka akan membawa kepada peningkatan jumlah penerimaan hujan di antara 100 hingga 400 milimeter secara purata mulai pertengahan bulan ini dan berisiko terjadinya bencana banjir.

“Pada tempoh sama, fenomena air pasang besar dijangka berlaku di kawasan persisir laut sepanjang Pelabuhan Klang.

“Berdasarkan ramalan dikeluarkan Pusat Hidrografi Nasional di Pulau Indah, paras air laut tertinggi dijangka mencapai paras 5.5 meter,” katanya.

Kedua-dua fenomena itu boleh menyebabkan air laut melimpah masuk ke kawasan penempatan, dan membawa kepada risiko bencana banjir.

Shahman juga turut meminta penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan berisiko banjir untuk sentiasa peka dengan situasi serta cuaca, dan mematuhi arahan jika diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa.

Sumber: Malaysiakini