Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, enam individu juga ditahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta tiga lagi kerana positif methamphetamine dan ketamin.
“Dalam operasi untuk membanteras kegiatan samseng jalanan dan mat rempit, polis mengesan beberapa kumpulan remaja bermotosikal dan berkereta berkumpul di tepi lebuh raya dan susur keluar Permatang Pauh bagi menyaksikan penunggang motosikal berlumba,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan kegiatan pada cuti hujung minggu itu menimbulkan kegusaran kepada pengguna lebuh raya kerana mereka berlumba dengan kelajuan tinggi.
Mereka juga membuat bunyi bising melalui ekzos kenderaan diubah suai, menunggang motosikal melawan arus dan secara zig-zag serta melakukan aksi ‘wheelie’ yang boleh membahayakan diri serta pengguna jalan raya.
SUMBER : BuletinTV3