61 tahun Land Cruiser di Amerika, Toyota lancar versi Heritage Edition

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01


Toyota Land Cruiser antara model terawal yang dibawa masuk ke pasaran Amerika Syarikat pada tahun 1958, dan jumlah jualan pada ketika itu hanyalah sebuah unit sahaja sepanjang tahun. 

Walaupun pada ketika itu, sedan Toyopet Crown berjaya dijual sebanyak 288 unit, ia kalah dari segi aspek ruang kabin, kualiti serta harga yang terlalu tinggi untuk pasaran Amerika yang serba-serbi besar, menyebabkan ia  terpaksa dihentikan penjualannya. 

Namun, tidak bagi Land Cruiser apabila ia kekal dengan reputasi sebagai kenderaan all-terrain yang tahan lasak dan antara pilihan utama bagi pasaran di sana. 

Bagi meraikan kejayaan sepanjang 61 tahun bertahan di pasaran, Toyota melancarkan Land Cruiser Heritage Edition dengan penawaran sebanyak 1,200 unit sahaja, kesemuanya dikhaskan kepada pasaran Amerika. 
 


Land Cruiser Heritage Edition didatangkan dengan dua pilihan warna, iaitu Midnight Black Metallic dan Blizzard Pearl, dan versi ini boleh dibezakan daripada Land Cruiser standard dengan penampilan lencana klasik Land Cruiser. 

Ruangan dalaman kabin pula didatangkan dengan kemasan trim balutan kulit berwarna gelap, dan jahitan kontras berwarna gangsa pada stereng, konsol tengah serta trim pintu. 

Manakala ruang arca roda pula dihiasi dengan rim BBS bersaiz 18 inci. 
 


Untuk keselesaan para penumpang, Toyota turut melengkapkan Land Cruiser Heritage Edition ini dengan tempat duduk dan stereng yang dilengkapi pemanas terbina dalam, sistem kawalan iklim empat zon, dan 28 corong pendingin hawa (bukan ruang meletak minuman ya!). 

Bagi menghiburkan diri ketika sedang melayari jalan off-road, sistem infotainmen bersaiz 9 inci dengan ciri pengecaman suara, radio satelit, ciri sambungan Bluetooh, sistem audio JBL dan juga terdapat pad pengecasan nirwayar untuk peranti pintar yang menyokong ciri pengecasan ini.

Ciri keselamatan Toyota Safety Sense P pula tidak kalah dengan kelengkapan seperti Brek Kecemasan Automatik, Amaran Penukaran Laluan, Sistem Amaran Kenderaan Keluar Laluan, Kawalan Pelayaran dengan Radar, Pemantauan Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang, serta Lampu Suluhan Tinggi Automatik.
 


Aspek kuasa tiada sebarang perubahan dibuat dan masih mengekalkan nadi 3UR-FE bentangan V8 5.7 liter (381 hp/544 Nm) sebelum disalurkan kepada sistem pacuan empat roda kekal menerusi transmisi automatik 8 kelajuan. 

Turut membantu aspek pengedaran kuasa dengan berkesan ialah limited-slip differential daripada Torsen, selectable low range transfer case dengan dua nisbah kelajuan dan juga sistem gantungan pintar. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, laman Drive AU melaporkan Toyota telah mendaftarkan tanda dagang "Land Cruiser FJ" di…
Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Ini kerana beliau telah berjaya mengumpul sebanyak 24 buah Land Cruiser hanya dalam tempoh satu…