600 mat motor 'terperangkap' dalam Ops Tutup Khas di LPT

oleh SALINA JALIL|
Lebih 600 mat motor terperangkap selepas dua lokasi tumpuan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di sini, diserbu pihak berkuasa melalui Ops Tutup Khas hari ini.


Operasi bersepadu selama tiga jam bermula 2 petang itu menyasarkan dua lokasi iaitu kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lanchang dan R&R Chenor.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Timbalan Pengarah 1 Jabatan Siasatan Polis Traffik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, berkata sebanyak 600 penunggang motosikal diperiksa dengan 358 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan melalui ops berkenaan, manakala 20 motosikal disita.

 

Beliau berkata, antara kesalahan dikesan adalah lesen dan cukai jalan tamat tempoh, serta pengubahsuaian motosikal yang mengundang bahaya kepada penunggang dan pengguna jalan raya lain.

 

"Paling saya kesal, ada yang sanggup menunggang motosikal tanpa brek belakang dan ini amat berbahaya bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kenderaan lain.

 

"Pada masa sama, tiga penunggang motosikal dikesan berada di bawah pengaruh dadah dan daun ketum, manakala tujuh lagi kesalahan alam sekitar," katanya.

 

mat motor 2

 

 

Seramai 12 pegawai dan 52 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam Ops Tutup Khas ini, dibantu lima daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta 10 daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

 

Mohd Nazri berkata, melalui ops sama pihaknya mengesan ada yang menunggang secara dengan menunjukkan aksi berbahaya, selain berlumba antara satu sama lain.

 

Katanya, LPT menjadi laluan popular bagi kumpulan motosikal dari Lembah Kelang yang berkonvoi setiap hujung minggu untuk ke Temerloh dan Kuantan, namun apabila pulang mereka berlumba dan menunjukkan aksi berbahaya.

 

"Kebanyakan mereka ini anak muda dan kita nasihatkan mereka jika minat berlumba bukan di atas lebuh raya, tetapi hendaklah ke litar Sepang," katanya.

 

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Informasi
  Dan gambaran buruk itu dihangatkan lagi dengan kejadian kemalangan membabitkan tiga penunggang…
Berita Domestik
  Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu Superintendan Ismail Man…
Berita Domestik
  Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu Superintendan Abd Razak Hasan…