600 keluarga asnaf terima sumbangan daging korban dari PROLINTAS

oleh Danial Yasin Suhaimi|
600 keluarga asnaf dan kurang berkemampuan yang tinggal di sekitar jajaran enam lebuh raya kendalian PROLINTAS telah menerima sumbangan daging korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Inisiatif itu merupakan salah satu daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) berterusan syarikat di bawah teras komuniti bagi meringankan beban golongan memerlukan ketika musim perayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Dato’ Mohammad Azlan Abdullah berkata, “PROLINTAS sentiasa prihatin terhadap kebajikan masyarakat."

 

2

 

"Di kesempatan Aidiladha ini, kami berkongsi rezeki dengan mengagihkan daging ibadah korban kepada keluarga asnaf dan kurang berkemampuan seperti yang digalakkan dalam agama Islam.”

“Kami telah bekerjasama dengan persatuan-persatuan penduduk bagi mengenal pasti keluarga yang benar-benar memerlukan untuk menerima agihan daging korban tersebut.”

Agihan daging korban telah dilakukan secara berperingkat sepanjang Aidiladha dan hari-hari Tasyrik kepada 600 keluarga di sekitar jajaran enam lebuh raya kendalian PROLINTAS.

 

3

 

Ianya telah disumbangkan kepada 600 keluarga yang tinggal berhampiran di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning Shah-Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK, Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), serta Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Kerja-kerja sembelihan dan pengurusan daging korban itu dijalankan secara gotong-royong melibatkan ahli kariah masjid dan surau kawasan terbabit serta wakil PROLINTAS daripada setiap anak syarikat.

Daging korban yang siap dilapah dan dibungkus kemudian diagihkan kepada semua keluarga yang telah dikenal pasti pada hari sama.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Tambah beliau lagi, "kami memahami, ramai daripada kita harus berkorban dan melepaskan keperluan…