6 model Toyota dan maksudnya, Vellfire, Hilux, Vios dan pelbagai lagi!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Vellfire 2020
Toyota Vellfire 2020
Penamaan sesebuah model kereta dibuat dengan maksud tersendiri, ada yang ringkas dan mudah difahami dan juga hasil gabungan dua perkataan.

Satu daripada pengeluar yang mempunyai penamaan model yang meluas ialah Toyota, dari aksara, abjad hingga gabungan perkataan yang menjadikannya unik.

Penamaan model buatan Toyota juga meletakkannya pada aras tersendiri sebagai contoh Crown, Vellfire dan Supra.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berikut disenaraikan enam model Toyota dan maksudnya:

1. Toyota Alphard

Toyota Alphard 2020

Penamaan dan sebutan Alphard memang unik. Ianya berasal daripada perkataan alpha di dalam bahasa Greek dan dipilih bagi membangkitkan gambaran bintang paling terang di dalam gugusannya.

Alphard mempunyai dua varian iaitu G dan V dan lebih mudah difahami dengan masing-masing merujuk kepada grand dan victory.

Alphard pertama kali diedarkan pada 22 Mei 2002.

2. Toyota Vellfire

 

Toyota Vellfire Z A Edition 2WD 2015

 

Bila ada Alphard mestilah ada Vellfire. Penamaan ini dibuat hasil gabungan velvet dan fire bagi menekankan karakternya yang lancar dan bersemangat (passionate).

Dari segi turutan, Alphard atau Vellfire dahulu? Vellfire diperkenalkan kemudian dan pertama kali diedarkan pada 12 Mei 2008.

3. Toyota Wish

Toyota Wish 2013

Sebuah lagi MPV kegemaran pengguna tempatan dan membawa maksud ringkas tetapi mendalam. 

Ianya dinamakan dengan harapan pemilik boleh mendapatkan kesemua yang diinginkan di dalam sebuah kereta seperti reka bentuk, pakej keseluruhan dan prestasi pemanduan.

Selain maksud rasmi tersebut, tidak dinafikan Wish juga menjadi idaman atau hajat pengguna dan boleh dilihat melalui popularitinya hingga ke hari ini.

Wish pertama kali diedarkan pada 20 Januari 2003.

4. Toyota Hilux

Toyota Hilux Z 2020

Sebuah pikap yang begitu popular sehingga model dari pengeluar lain pun dipanggil Hilux atau lebih tepat disebut hailak.

Hilux adalah gabungan dua perkataan iaitu high dan luxury. Mudah bukan? Cara sebutannya juga menarik atau catchy.

Hilux sudah lama di pasaran dan pertama kali diedarkan pada 21 Mei 1968.

5. Toyota Vios

 

Toyota Vios 2013

 

Sebuah lagi produk popular dari Toyota dan Vios berasal daripada perkataan Vio di dalam bahasa Latin.

Ianya bermaksud pergi (go) atau perjalanan, mengembara (travel). 

Vios pertama kali dikeluarkan pada Oktober 2002 dan model ini memang jauh berjalan dengan usia dua dekad merentasi tiga generasi.

6. Toyota Supra

 

Akio Toyoda dan Toyota Supra

 

Supra adalah sebuah model ikonik yang sudah mencapai status legenda. Supra berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud mengatasi atau melebihi dan juga atas.

Maksud perkataan itu memang benar jika dirujuk kepada prestij Supra yang kini berada dalam generasi keempat sejak pertama kali diedarkan pada 6 Februari 1986.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…