1. Toyota Estima
Satu daripada MPV popular di negara kita. Toyota Estima atau Previa lama di pasaran serta dipasarkan di banyak buah negara dan akhirnya dihentikan pada 2019.
Walaupun dikeluarkan sejak tahun 1990, Estima hanya mempunyai tiga generasi dengan model terakhir paling lama di pasaran dari 2006 hingga 2019 dengan dua facelift dan model hibrid
Setakat ini tiada pengganti diumumkan namun Toyota mempunyai banyak lagi MPV di pasaran.
Nama Estima merujuk kepada estimable atau dihormati di dalam bahasa Melayu. Memang kena dengan nama!
2. Toyota Caldina
Diinspirasi dari perkataan Itali dan Inggeris iaitu cardinal. Di dalam bahasa Melayu cardinal mempunyai pelbagai makna dan bergantung kepada kegunaan.
Toyota memaklumkan cardinal di dalam dua bahasa tersebut merujuk kepada penting/keutamaan (essential) atau asas (fundamental).
Model pertama Caldina diedarkan pada 16 November 1992.
3. Toyota Sienta
Model generasi kedua pernah dipasarkan di negara kita dan kini berada dalam generasi ketiga.
Sienta adalah kombinasi dua bahasa yang berbeza dengan siete dari bahasa Perancis iaitu tujuh dan entertain dari bahasa Inggeris yang bermaksud meraikan atau menghiburkan.
Unik dan sedap disebut! Toyota Sienta pertama kali diedarkan pada 29 September 2003.
4. Toyota Camry
Sebuah model dan sedan popular Toyota dan diedarkan sejak 24 Mac 1982. Toyota memang banyak menggunakan perkataan asing dan berbeza untuk Camry.
Nama sedan itu merujuk kepada perkataan Jepun kanmuri (kamuri) iaitu mahkota. Menariknya, Toyota mempunyai sebuah lagi model dengan nama crown.
Satu lagi yang menarik, Camry turut dijenamakan sebagai Daihatsu Altis di Jepun.
5. Toyota Passo
Sebuah model yang cukup popular di kalangan peminat ubah suai sebelum Perodua membangunkan sendiri Myvi generasi ketiga.
Passo pertama kali diedarkan pada 7 Jun 2004 dan asal nama kereta kompak ini adalah dari bahasa Itali yang bermaksud step atau langkah.
Toyota mengaitkan step dengan imej sebuah kereta yang kasual dan senang didekati. Berdasarkan penerimaan rakyat tempatan, maksud tersebut memang sangat tepat!
Seperkara yang membanggakan apabila Perodua Myvi dijenamakan sebagai produk Jepun atau Daihatsu Sirion di Indonesia.
Malah Myvi generasi pertama turut dijual di United Kingdom!
6. Toyota bB
Seperti yang kerap kali ditulis, Toyota memang panjang akal dalam memberikan nama sesebuah model.
Buah fikiran tersebut adakalanya diringkaskan kepada dua perkataan sahaja sebagai contoh bB.
Bukan bermaksud baby tetapi huruf pertama perkataan black box. Toyota tidak menjelaskan dengan lebih lanjut apa maksud black box di dalam glosarinya.
Mungkin juga seringkas kotak hitam dan apa pun maksudnya bB pernah dibawa merantau jauh ke Amerika Syarikat dan dikenali sebagai Scion xB.
Generasi pertama Toyota bB diedarkan pada 3 Februari 2000.
Penulis: Muhammad Md Tajudin
BACA: 6 MODEL TOYOTA DAN MAKSUDNYA, VELLFIRE, HILUX, VIOS DAN PELBAGAI LAGI! (BAHAGIAN PERTAMA)