6 Fakta berkenaan Land Rover Defender 2020

oleh Mohamad Hanif|
Land Rover kini sedang giat menguji model pengganti lagenda off-road Defender dan sementara kita menunggu saat pelekat samaran itu dibuka sepenuhnya kepada umum, nikmati enam fakta baharu berkenaan model baharu daripada Jaguar Land Rover ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

1. Kod Nama 'Darwin'

Land Rover Defender diberikan kod nama Darwin dan menggunakan platform D7U yang diperbuat daripada aluminium dan menjadi 'tulang belakang' kepada model Range Rover Sport dan Discovery. 

Untuk itu, Defender juga disyaki bakal berkongsi beberapa persamaan dengan model yang disebutkan di atas. 

 

2. Masih kekal dengan designasi Defender 90 dan Defender 110


Land Rover Defender terdahulu hadir dengan dua konfigurasi jarak antara roda (wheelbase) iaitu 90 dan 110. 

Difahamkan generasi baharu Defender ini bakal mengekalkan designasi nama tersebut, memandangkan beberapa gambar intipan menunjukkan Defender hadir dengan dua bentuk rekaan badan. 
 

3. Defender PHEV


Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Motor Authority bulan lalu, Land Rover Defender bakal mempunyai varian plug-in hibrid yang dibangunkan oleh Tata Technologies, dengan kod nama L663 PHEV.

Berdasarkan perkembangan tersebut, tidak mustahil juga Defender bakal menerima varian elektrik sepenuhnya. 

 

4. Bumbung camper


Walaupun Defender 2020 masih lagi samar-samar daripada pandangan umum, sebuah syarikat pembekal barangan campervan dari Jerman telah menyenaraikan barangan yang dikhususkan kepada Defender baharu, digelar sebagai panoramaaufstelldach (camper roof yang boleh dinaikkan). 

Sekiranya benar, ia merupakan satu naik taraf yang sangat ditunggu-tunggu oleh para peminat aktiviti lasak. 

 

5. Defender moden sarat dengan teknologi


Tidak seperti Defender terdahulu, Land Rover sedar peredaran teknologi masa kini tidak memungkinkan mereka terus kekal menghasilkan kenderaan yang lasak tanpa sebarang peranti canggih untuk ditawarkan kepada pengguna. 

Defender baharu dikatakan bakal menggunapakai panel instrumen baharu yang dibina secara in-house oleh Jaguar Land Rover, dan menampilkan ciri kamera pengecaman isyarat tangan (gesture recognition camera) - serupa dengan sistem iDrive pada BMW 7-Series.

Dengan bantuan daripada Bosch, Defender bakal menerima kamera hadapan Bosch Generation 3 yang digandingkan dengan sistem bantuan pemanduan terkini yang digelar sebagai 'service based control system' daripada JLR. 

 

6. Sistem Pemantauan Tekanan Tayar


Berdasarkan pendaftaran paten baharu yang dibuat oleh JLR, Land Rover Defender mungkin sekali bakal menerima ciri tire inflation system - membolehkan pemandu mengubah suai tekanan tayar mengikut keadaan jalan. 

Mengikut rajah di atas, terdapat beberapa mod yang ditawarkan termasuklah:

  • Economy Mode
  • On Road Mode
  • High Load Mode
  • High Speed Mode
  • Puncture Assist Mode
  • Recovery Mode - sekiranya tersangkut di dalam pasir atau lumpur

Ciri baharu ini diintegrasikan dengan sistem ABS dan modul kawalan kestabilan kenderaan supaya ia tidak menjadikan tekanan tayar melebihi apa yang telah ditetapkan oleh sistem komputer. 

Dikatakan Defender baharu bakal memasuki pasaran selewat-lewatnya separuh tahun pertama 2019.
 


Model Konsep Land Rover DC100.

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit pertama yang dipaparkan ini baharu sahaja meluncur keluar bagi memberikan laluan kepada…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…
Berita Global
Informasi berkenaan BAIC Jishi 01 dikatakan muncul di laman web Kementerian Industri dan Teknologi…