6 beranak kemalangan kereta, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) dan ingkar PKP

oleh SALINA JALIL|
Enam beranak termasuk bayi berusia dua bulan bukan hanya bernasib malang selepas terbabit dalam kemalangan kereta tetapi juga bakal disiasat ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


Dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 3 Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi (simpang Landas Jerangau Barat) di Kuala Berang kira-kira 5 petang semalam, Nurul Saila Mamat, 35, patah paha kanan, manakala anaknya, Muhammad Darwish Thaqif, 10, pula patah bahu kanan dan luka di kepala.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Suami Nurul Saila yang juga pemandu Proton Saga FLX, Mohd Efendi Md Salleh, 38, bengkak di dada dan cedera di dagu, manakala tiga lagi anak mereka iaitu Nurul Damia Qistina, 15; Muhammad Daiyan Ulhaq Harith, 5, hanya cedera ringan serta anak bongsunya, Nurul Delisya Qadira tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila enam beranak berkenaan dalam perjalanan dari arah Kampung Tok Dor menuju ke Jerangau Barat untuk mengambil peralatan sekolah anak mereka.

 

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu seorang lelaki yang datang dari arah bertentangan hilang kawalan sebelum memasuki laluan kereta enam beranak berkenaan dan merempuh kenderaan dinaiki keluarga terbabit.

 

"Akibat rempuhan itu, kereta keluarga berkenaan terbabas dan jatuh ke tebing jalan manakala MPV itu terhenti di lorong kiri.

 

"Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan Hospital Dungun untuk rawatan, manakala pemandu MPV berusia 54 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

"Semua mangsa dilaporkan stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

"Selain itu, siasatan juga akan dilakukan berkaitan ingkar PKP," katanya.

 

 

sumber: HM

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…