6 benda penting yang ada pada Honda ADV-150 yang akan buat anda suka!

oleh Mohamad Hanif|
Kami jangka, ramai yang sudah tidak sabar menantikan kehadiran skuter kembara cilik Honda ADV 150 yang bakal dilancarkan di pasaran tempatan tidak lama lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tidak perlu bercerita dengan lebih panjang, untuk artikel kali ini kami senaraikan beberapa ciri penting yang bakal buat anda rasa teruja untuk sambar Honda ADV 150.

 

1. Sistem gantungan ala offroad


Dari segi spesifikasi, Honda ADV 150 didatangkan dengan ciri fork hadapan yang mempunyai jarak pergerakan sebanyak 130 mm, sementara lengan ayun belakang membenarkan jarak pergerakan sebanyak 120 mm, lengkap dengan sepasang piggyback subtank.

Dengan jarak lega bumi 165 mm dan tayar semi dual purpose tanpa tiub yang lebar (110/80-14 depan, 130/70-13 belakang), ia bukan sahaja nampak agresif, malah memang boleh digunakan untuk aktiviti off-road yang ringan.

 

2. Mudah untuk dikawal


Honda ADV 150 menggunakan rekaan bar hendal tapered ala motocross yang bukan sahaja lebar, malah ia juga memudahkan penunggang untuk mengawal jentera ini dengan lebih baik.

Struktur bar yang togel itu juga membolehkan pemilik untuk memasang aksesori yang lain, seperti contoh kamera aksi, pemegang GPS dan sebagainya.

Selain daripada itu, cermin hadapan juga boleh dilaras pada dua kedudukan yang berbeza, Ini bermakna, rider dengan fizikal badan yang tinggi juga boleh mendapat perlindungan ketika tunggangan.

 

3. Ruang kargo memadai


Antara kelebihan yang ada pada skuter berbanding motor kapcai adalah ruang kargo yang memadai untuk meletakkan apa jua barang tanpa perlu risau akan kecurian, atau basah akibat cuaca Malaysia.

Untuk ADV 150, ruang bawah tempat duduk adalah sebesar 28 liter yang boleh memuatkan satu helmet open face dan juga baju hujan.

Selain daripada itu, terdapat juga soket 12V yang terdapat di bawah bar hendal untuk kegunaan pengecasan peranti elektronik, atau aksesori yang lebih penting seperti pam udara tayar.

 

4. Panel LCD


Sama seperti abangnya X-ADV 750, Honda ADV 150 yang kecil itu turut didatangkan dengan paparan panel LCD yang tidak berwarna, akan tetapi segala informasi yang dipaparkan amat mudah untuk dilihat.

Susun aturnya juga kemas, di mana segala logo-logo notifikasi diasingkan dalam satu bar di bahagian yang berasingan.

 

5. Enjin Mesra Alam Euro 4


Honda ADV 150 datang dengan enjin mesra alam yang memenuhi piawaian pelepasan emisi Euro 4, di mana enjin 149.3 cc sejukan cecair eSP dengan bantuan PGM-FI itu mampu menghasilkan angka output 10.9 kW dan daya kilas 13.8 Nm.

Kapasiti tangki bahan api pula adalah sebesar 8 liter dan dengan ciri Idling Stop System, Honda ADV 150 mampu menawarkan penjimatan penggunaan bahan api yang sesuai untuk kegunaan seharian.

 

6. Ada sistem kecemasan ESS dan ABS!


Sebagai sebuah skuter moden, Honda ADV 150 turut lengkap dengan ciri-ciri keselamatan seperti Emergency Stop Signal dan ABS.

Sistem Emergency Stop Signal bermakna bila brek mengejut dilakukan, lampu kecemasan akan dihidupkan secara automatik. Sementara sistem brek cakera dengan angkup Nissin depan belakang dengan petal disc itu juga lengkap dengan ciri ABS.

 


Skuter adventure untuk urban ini dijangka akan dilancarkan dalam awal tahun ini. Harganya pula dianggarkan menghampiri RM15,000.

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Mereka mula menggegarkan dunia menerusi pengenalan skuter X-ADV dengan sesaran enjin 750 cc, namun…
Berita Global
Ini turut dikuatkan lagi dengan sebuah imej teaser yang dimuatnaik menerusi laman Instagram…
Berita Global
Selain dari skuter ADV-150, AHM juga menaja sebuah Honda CBR250RR untuk digunakan semasa acara itu…