59 kali mengelat tol, akhirnya tumpas jua

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang pemandu yang sudah dikesan melarikan diri dari membayar tol sebanyak 59 kali di Lebuhraya Kajang SILK akhirnya ditahan oleh operator lebuhraya itu di dalam satu operasi yang berlangsung malam tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut sumber Careta, pemandu berbangsa Melayu itu perlu membayar sejumlah RM256.20 untuk 59 kesalahan melarikan diri dari membayar tol, termasuk bayaran pengurusan.

Pemandu Honda City putih tersebut ditahan oleh petugas-petugas Lebuhraya Kajang SILK yang berdiri di hadapan palang tol di plaza tol Sungai Ramal semasa operasi tersebut (gambar di bawah).

 

 

Beliau membayar jumlah itu secara tunai di lokasi kejadian.

Tindak-tanduk pesalah laku di lebuhraya sebenarnya diperhatikan dan operasi tersebut dilakukan dari semasa ke semasa.

Hukuman lebih berat untuk kesalahan ini telah dicadangkan dan akan dilakukan sebelum semua lebuhraya dalam negara bertukar kepada sistem pembayaran tol tanpa palang menjelang 2025.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"LPT ada 4 plaza tol terpaksa pengguna berhenti, sedangkan untuk ringankan beban pengguna…
Berita Global
Pihak berkuasa Metropolitan Transportation Authority (MTA) baru-baru ini telah berjaya menahan 44…
Berita Domestik
“Kita tahu trend di negara ini apabila ada (sahaja) cuti bercantum dan kalau hari Jumaat atau Isnin…