56 motosikal disita di CIQ, Bangunan Sultan Iskandar

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Facebook MBJB
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), hari ini menyita dan mengalihkan 56 motosikal yang diletakkan di tempat awam sekitar Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, yang menyebabkan halangan.


Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata, operasi itu dijalankan secara bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jalan Tun Abdul Razak di sini, bermula jam 9.30 pagi Rabu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, lokasi operasi itu selalunya dijadikan tempat letak motosikal sehingga menyebabkan halangan kepada pengguna jalan raya yang lain.

 

"Tindakan sitaan ini dijalankan berikutan terdapat aduan orang awam berkaitan motosikal yang diparkir di kawasan yang tidak dibenarkan itu," katanya dalam kenyataan semalam.

 

Mohd Noorazam berkata, tindakan pengalihan motosikal itu dibuat mengikut Kesalahan UUK 6(i)(g), Undang-undang Kecil Mencegah Kekotoran (MBJB) Pindaan 2004 iaitu meletakkan kenderaan di tempat awam sehingga menyebabkan halangan.

 

"Semua motosikal yang dibuat pengalihan akan disimpan di Depoh Penyimpanan Kenderaan Sitaan MBJB.

 

"Orang ramai yang ingin membuat semakan bagi kenderaan yang ditunda boleh berbuat demikian melalui MyVis di pautan https://mobile.mbjb.gov.my/vis$/vis/vis039senopt.asp," katanya.

 

Mohd Noorazam turut menasihatkan orang supaya meletakkan kenderaan di tempat yang sepatutnya dan tidak menimbulkan kacau ganggu kepada orang awam.

 

Terdahulu, menerusi perkongsian di Facebook beberapa individu yang pulang dari Singapura mendapati motosikal diletakkan di tempat awam 'lesap'.

 

Sehubungan itu, ada yang meminta mereka mencari motosikal mereka di MBJB.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, operasi berkenaan dijalankan oleh pasukan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML)…
Berita Domestik
Menurutnya, rampasan terbesar membabitkan jumlah 3.8 juta barang rokok pelbagai jenama bernilai RM2…
Berita Domestik
“Hasil pemeriksaan KPDN, minyak diesel dengan anggaran sebanyak 430,000 liter yang bernilai RM924,…