55 peratus beli EV bukan sebab prihatin terhadap alam sekitar - Polestar

oleh Mohamad Hanif|
Kajian terbaharu yang dijalankan oleh Polestar mendapati 55 peratus daripada pembeli di Amerika Syarikat memilih kenderaan elektrik bukan kerana prihatin terhadap kesejahteraan alam sekitar.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Menurut kajian tersebut, ciri seperti teknologi terbina, ketersambungan yang lancar serta penawaran pada sistem infotainmen menjadi penentu utama dalam peralihan pengguna kepada kenderaan elektrik daripada kenderaan konvensional.

Menurut Gregor Hembrough, Ketua Polestar Amerika Utara berkata, "idea kemewahan telah didefinisikan semula dengan keutamaan terhadap sambungan yang lancar, integrasi terhadap ekosistem digital sedia ada serta rekaan UX yang bagus.

"Ramai pengguna beralih kepada kenderaan elektrik bukan sekadar atas tujuan alam sekitar semata-mata, dan fokus Polestar terhadap teknologi dalam kenderaan membolehkan mereka mendapatkan apa yang dikehendaki di dalam satu pakej yang mesra alam.
 

EV


Selain daripada itu, faktor umur juga turut mempengaruhi peralihan pengguna kepada kenderaan elektrik.

Menurut kajian itu lagi, golongan pengguna muda sebenarnya lebih prihatin terhadap alam sekitar jka dibandingkan dengan golongan yang lebih berusia.

Sebanyak 12 peratus responden Gen Z (umur 18-24) mengakui ia merupakan satu perkara penting di dalam pemilihan EV, di mana angka tersebut adalah dua kali lebih tinggi berbanding generasi Millennial (umur 25-41) dan tiga kali lebih banyak berbanding generasi Baby Boomer (umur 57-74).

Imej jenama juga turut memberikan perbezaan yang jelas kepada pelanggan berdasarkan demografik umur.

Sebanyak 57 peratus golongan millennial yakin dengan jenama EV baharu, berbanding 28 peratus daripada golongan Baby Boomers.
 

precept


Namun secara keseluruhannya, hampir separuh (46 peratus) daripada responden nampaknya lebih terbuka kepada jenama EV dan jenama pemula EV seperti Polestar.

Polestar menjalankan kajian dengan menyoal lebih daripada 5,000 pemilik EV dan kereta konvensional di 50 buah negeri di seluruh Amerik Syarikat berkenaan penerimaan terhadap EV, infrastruktur pengecasan, serta tanggapan terhadap jenama-jenama EV apabila membeli sebuah kenderaan elektrik.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan UPM, Prof Madya Dr Law Teik…
Berita Global
Bolehkah bermain permainan video memandu mempunyai sebarang kesan ke atas pemanduan kehidupan…
Berita Domestik
"Kerja-kerja penyelenggaraan ini sebenarnya terletak bawah bidang kuasa PBT dan terdapat juga…