5,403 kereta elektrik di atas jalanraya Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Malaysia mempunyai sebanyak 5,403 kenderaan elektrik (EV) berdaftar yang digunakan di atas jalanraya.

Jumlah itu tepat sehingga 31 Mac lalu. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata jumlah itu khusus untuk kenderaan EV sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Bagi kenderaan Plug-in Hybrid (PHEV), sudah ada 46,981 unit berdaftar yang digunakan di jalanraya awam sehingga 31 Mac lalu," ujarnya ketika menjawab soalan dari Senator Yaakob Sapari ketika sesi parlimen siang tadi.

"Selangor mencatatkan jumlah kenderaan EV berdaftar dengan 2,791 unit sementara Wilayah Persekutuan mempunyai jumlah kenderaan hybrid tertinggi pada 25,360 unit," tambah Kamaruddin.

Kerajaan memberikan pelbagai insentif untuk menggalakan pembelian kenderaan dengan teknologi mesra alam, antaranya ialah pengurangan 50 peratus untuk cukai jalan bagi kenderaan EV dan PHEV.

Antara model popular EV ialah Nissan Leaf, Renault Zoe, Renault Twizy dan Tesla. Model PHEV yang popular pula ialah seperti Volvo XC90, BMW X5 dan BMW 3-Series.

* Berita asal dari Malay Mail

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia hanya untuk pemilik individu dan bukan untuk kegunaan perdagangan seperti teksi, p-hailing dan…
Berita Domestik
Beliau berkata terdapat sasaran 10,000 kemudahan pengecasan EV di seluruh negara menjelang tahun…
Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…