52 topi keledar tidak ikut standard disita

oleh SALINA JALIL|
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Cawangan Segamat menyita 52 unit topi keledar kerana kesalahan melibatkan penandaan standard keselamatan peralatan itu dalam satu operasi di sebuah premis perniagaan di Labis, di Segamat kelmarin.


Timbalan Ketua Cawangan PPDNHEP Cawangan Segamat, Mohd. Shazuary Md.Sarip berkata, operasi berkenaan telah dilaksanakan pada pukul 10.25 pagi oleh sepasukan empat anggota penguat kuasa berkenaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menurut beliau, kesemua topi keledar tanpa jenama dengan pelbagai warna yang dirampas itu bernilai RM1,820.

 

“Operasi ini dijalankan susulan aduan awam terhadap penandaan standard keselamatan digunakan ke atas topi keledar motosikal yang dijual di premis terbabit,” katanya ketika ditemui di pejabat PPDNHEP di Segamat Baru semalam.

 

Mohd. Shazuary berkata, pihaknya melakukan risikan selama beberapa hari sebelum mengenal pasti premis itu yang menjadi lokasi penjualan dan penyimpanan topi keledar motosikal secara haram.

 

Tambahnya, premis tersebut juga didapati menjual topi keledar berkenaan pada harga antara RM30 sehingga RM35.

 

“Ia rampasan dan serbuan pertama dilakukan di sekitar Segamat setakat ini. Kami memandang serius isu ini dan menyerbu premis yang dikesan mengimport serta mengedarkan topi keledar yang tidak menepati piawaian,” katanya.

 

helmet

 

 

Kes disiasat di bawah Seksyen 29 Akta Perihal Dagangan 2011 Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Topi Keledar Motosikal) 2012 kerana disyaki membekalkan atau menawarkan untuk dibekalkan topi keledar motosikal yang tidak mempunyai penandaan Standard Malaysia ‘MS1’ atau Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Eropah bertanda ‘E Mar’.

 

Hukuman bagi kesalahan itu adalah denda tidak melebihi RM25,000 jika ia melibatkan pertubuhan atau perbadanan bagi kesalahan pertama, manakala denda maksimum RM50,000 bagi kesalahan kedua dan berikutnya.

 

Bagi bukan pertubuhan pula boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

 

Tambah Mohd. Shazuary, harga topi keledar yang murah itu hanya disaluti gabus pada struktur dalamnya yang berisiko mudah retak sehingga boleh mengundang maut kepada pemakai.

 

“Masih ada penunggang motosikal yang tegar menggunakan topi keledar mudah retak yang dijual murah di pasaran. Kebanyakan topi keledar tanpa kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) Berhad itu adalah antara penyumbang kepada punca kematian mangsa kemalangan jalan raya

 

 

 

 

 

.-UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, mangsa yang juga peniaga kemudian pulang kira-kira jam 4.45 petang ke bilik sewanya itu…
Berita Domestik
Ini merupakan satu berita baik di mana anda kini boleh mendapatkan topi keledar Gracshaw edisi…
Pelancaran
Seramai 100 orang pemilik pertama Shoei X-Fifteen telah dijemput menghadiri acara pratonton…