52 ribu Kia Carnival dipanggil semula di US, risiko tersepit pintu gelangsar

oleh Mohamad Hanif|
Kia Amerika Syarikat telah mengumumkan kempen panggil semula melibatkan kira-kira 51,568 unit minivan Carnival model tahun 2022 dan 2023.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menurut kenyataan daripada agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), ia berpunca daripada operasi pintu gelangsar berkuasa (PSD) yang tidak dapat mengesan halangan (baca: manusia) sewaktu ditutup dan diselak.  
 

Kia


Dokumen panggil semula itu turut menyebut beberapa kes kecederaan kecil dilaporkan seperti anggota badan lebam serta ibu jari retak akibat pintu gelangsar yang tidak beroperasi seperti yang sepatutnya.

Kempen panggil semula itu akan mengemaskini perisian yang digunakan untuk operasi pintu, di mana ia akan menambah bunyi amaran yang menandakan pintu sedang ditutup.

Kelajuan penutupan pintu juga akan diperlahankan semasa pintu menghampiri titik selak bagi memberikan masa kepada orang dewasa dan kanak-kanak 'menyelamatkan diri' daripada menjadi mangsa tersepit.

Sumber: NHTSA

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), modul…
Berita Global
Masalah ini boleh mengakibatkan sedan pacuan roda belakang itu kehilangan kuasa semasa berada di…
Berita Global
Panggilan semula itu melibatkan sejumlah 8,915 unit, yang merangkumi 3,214 model BRZ dan 5,701…