5,000 wawancara, 1,800 muka surat bersama pelanggan untuk hasilkan Ranger baharu!

oleh Mohamad Hanif|
Rekabentuk trak pikap Ford Ranger generasi terbaharu yang telah dilancarkan di Malaysia sebenarnya adalah hasil pelanggan sendiri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kenyataan terkini dari Ford menunjukan bahawa rekabentuk trak itu datang dari pandangan dan maklum balas kaji selidik pelanggan secara menyeluruh.

Ford kemudiannya menggabungkan ciri-ciri itu dengan formula trak pikap globalnya yang terbukti dan telah menerima pelbagai anugerah untuk menghasilkan Ranger terkini.
 

MAX


Menurut ketua pereka model Ranger, Max Tran, beliau dan pasukannya meluangkan masa dengan pelanggan Ford di seluruh dunia untuk memahami cara penggunakan trak pikap mereka.

Lebih dari 5,000 wawancara dan nota setebal lebih 1,800 mukasurat terhasil sebagai rujukan dan panduan untuk Max dan pasukannya gunakan untuk penghasilan Ranger terkini agar ia memiliki kemampuan yang diperlukan untuk pelanggan.

“Memerhati cara pemilik menggunakan trak mereka, sama ada untuk tujuan kerja, keluarga atau riadah, telah mengilhamkan beberapa idea penting yang membawa kepada keputusan terhadap rekaan dan pembangunan trak berkenaan,” ujar Tran.
 

Ranger


“Satu contoh terbaik adalah kotak pemijak bersepadu. Dalam sesi klinik, kami dapati ramai pelanggan menghadapi masalah untuk mencapai barangan di ruang barangan belakang, dari bahagian sisi trak; ramai juga yang memijak tayar belakang atau bampar untuk berbuat demikian.”

Selain dari itu, ruang kargo yang lebih lebar itu juga dihasilkan agar pelanggan mampu memuatkan palet kayu bersaiz penuh.

Tran juga membuat rujukan dengan saudara kepada Ranger, trak pikap F-150 untuk menguatkan ciri-ciri rekabentuk mereka.
 

Rekabentuk luaran lebih gagah

Ranger


Dari rekaan gril baru yang menonjol dengan lampu utama bentuk C, lampu nyalaan siang dan palang atas gril yang ketara hinggalah kepada lengkuk roda yang lebih jelas, garis bahu yang kelihatan dan logo Ranger yang lebih besar di belakang, Ranger generasi baharu ini membawa semangat keyakinan dan kemampuan yang tiada tara.

Jarak antara roda yang ditambah sebanyak 50mm pula membolehkan mereka menganjakkan roda hadapan lebih ke depan dan rapat ke tepi, menjadikan ia nampak lebih gagah.

 

Bahagian kabin dapat ciri ergonomik terbaik

Ranger


Skrin sentuh 10.1 inci atau 12 inci itu pula adalah dari maklum balas pelanggan-pelanggan yang menyukai konsep menegak kerana mempunyai cukup ruang untuk menunjukan tunjuk arah sementara bahagian bawah disekalikan dengan menu lain untuk kawalan hiburan atau pendingin hawa.

Pemegang pembuka pintu disepadukan sebagai lanjutan rekabentuk papan pemuka, dan pelanggan-pelanggan juga menyarankan ia diletakkan lebih rendah untuk memberikan capaian mudah kepada suis tingkap dan tempat letak lengan.
 

Ranger


Tempat duduk juga direka menurut kehendak pelanggan dan untuk praktikaliti, tempat duduk belakang mampu dilipat rata dan didatangkan dengan tempat barang tersembunyi dibawahnya.

“Dengan bantuan maklum balas yang berguna daripada pelanggan, kami menghasilkan Ranger yang kami yakin akan mengilhami pemiliknya untuk melakukan apa saja yang mereka inginkan, serta ciri baru yang ada itu membolehkan mereka terus meneroka,' terang Pengarah, Pengurusan Barisan Produk, Trak Global, Gary Boes.

 

Ranger baharu singgah di Sabah dan Sarawak

Ranger


Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, akan mempertontonkan Ranger generasi terbaharu ini di Kuching pada 7-11 September di Vivacity Megamall, dan Suria Sabah Shopping Centre, Kota Kinabalu pada 5-9 Oktober.

Ia adalah sebahagian dari siri jelajah lima minggu seluruh negara di lima kawasan termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Jangan ketinggalan untuk berkunjung ke acara pratonton akan datang ini dan dekati Ranger generasi baharu dalam siri jelajah berkenaan.

Daftar di laman “Register” ini untuk mendapatkan jemputan eksklusif ke lokasi berdekatan anda.
 

Tarikh

Kawasan

Tempat

7-11 September

Kuching

Vivacity Megamall

5-9 Oktober

Kota Kinabalu

Suria Sabah Shopping Centre


Untuk maklumat lanjut tentang Ranger generasi baharu, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube atau layari www.sdacford.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…
Berita Domestik
Pada 2023, SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi dengan 8,858 unit Ford Ranger dan…