500 unit Mazda MX-5 Edisi Ulang tahun ke-30 habis terjual dalam masa empat jam!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain daripada Honda NSX yang kini sudah mencecah umur 30 tahun, tidak harus kita lupakan sebuah lagi model sports car yang turut berasal dari negara Matahari Terbit, iaitu Mazda MX-5 Miata. 

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, Mazda telah pun melancarkan versi ulang tahun yang ke-30 bertemakan warna Racing Orange. 
 


Pemilihan warna tersebut dikhususkan kepada MX-5 edisi terhad ini dan skema warna tersebut turut boleh dilihat pada bahagian angkup brek, pintu, papan pemuka, tombol gear dan jahitan pada tempat duduk. 

Menurut Mazda lagi, warna Orange Racing itu melambangkan dua perkara (yang sukar untuk diterjemah, jadi penulis biarkan sahaja supaya tidak mengubah apa-apa maksud) iaitu:

  • represents sunrise and anticipation
  • evokes the breaking dawn of an exciting new day
     


Set rim forged aluminium bersaiz 17 inci daripada Rays ZE40 menghiasi ruang arca roda MX-5 ini dan ia merupakan unit yang sama didapati pada kereta lumba MX-5 Cup. 

Trim alcantara menghiasi ruang kabin termasuklah pada bahagian panel pintu, papan pemuka dan juga tempat duduk Recaro, manakala sistem hiburan MZD Connect pula kini menerima sokongan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. 

Mazda tidak mengubah apa jua aspek mekanikal pada Mazda Miata 30th Anniversary Edition ini, akan tetapi ia tetap menerima naiktaraf spesifikasi berdasarkan model Club, seperti penyerap hentak Bilstein dan limited-slip differential. 
 


Harga jualan pula bermula dari $35,915 (RM146 ribu) untuk versi softtop manakala hardtop RF pula bermula dari $38,515 (RM157 ribu) sahaja. 

Untuk memiliki transmisi automatik pula, anda perlu menambah wang sebanyak $499 (RM2,029) pada varian softtop dan $400 (RM1,626) pada varian hardtop. 
 


Sebanyak 3,000 unit sahaja akan dihasilkan untuk pasaran global, dengan 500 unit dikhaskan untuk pasaran Amerika Syarikat. 

Menariknya, semasa majlis pelancaran bertempat di Chicago Auto Show, kesemua 500 unit Mazda MX-5 30th Anniversary Edition sudah pun habis ditempah dalam masa empat jam!
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Mazda North American Operations (MNAO) mengumumkan kelengkapan dan harga MX-5 Miata…
Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
Ia membawakan bentuk badan roadster yang dilengkapi dengan enjin tiga silinder sebaris 659 cc, dan…