50 Tahun Toyota mewarnai pasaran automotif Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sekitar tahun 1950-an (lebih tepat lagi Ogos 1956), kenderaan-kenderaan jenama Toyota hanya dibawa masuk dalam bentuk import sepenuhnya atau CBU, dengan unit pertama adalah Toyota Land Cruiser. 

Namun, apabila memasuki era 1960-an, kerajaan mahu merancakkan lagi industri automotif negara dan sebuah polisi terbentuk bagi menggalakkan sektor pemasangan tempatan bagi kenderaan-kenderaan jenama luar. 

Dan pada Februari 1968, Champion Motor (CM) akhirnya memulakan fasa pemasangan tempatan (CKD) bagi model pertama, Toyota Corolla E10 dan juga Toyota Corona T40.
 

sumber gambar: Autoworld

Namun, pada ketika itu, Toyota tidak mempunyai apa-apa pegangan di dalam Champion Motor, kerana CM juga turut memasang model-model seperti Chevrolet, Mercedes-Benz, Vauxhall dan juga Volkswagen. 

Hanya pada bulan April 1975, Champion Motor akhirnya ditukarkan namanya menjadi Assembly Services Sdn Bhd (ASSB). 

Tahun 1982, sebuah syarikat Sejati Motor terbentuk hasil kerjasama antara Toyota Motor Corporation dan juga United Motor Works (UMW), dan Sejati Motor terus mengambil alih fasiliti Assembly Services dan Borneo Motors.

Oktober 1987, Sejati Motor dijenamakan semula menjadi UMW Toyota Motor dan ASSB kekal menjadi sebuah subsidiari di bawah UMWT. 
 


Sekitar tahun 1990, UMW Toyota telah berjaya memasang sekitar 300 ribu unit kenderaan Toyota di Malaysia dan menerusi fasa modenisasi fasitili yang dijalankan, angka tersebut berjaya mencecah kepada 500 ribu unit sepuluh tahun kemudian. 

2005, UMW Toyota mula memasang generasi pertama kenderaan International Multi-purpose Vehicle (IVM) yang terdiri daripada tiga model, iaitu Hilux, Innova dan Fortuner

Dan kira-kira enam tahun selepas pengenalan model IMV kepada pasaran Malaysia, UMW Toyota berjaya mencapai unit penghasilan kenderaan sebanyak 1 juta unit!

Ini juga turut dibantu dengan Toyota Camry di mana ia berjaya mencapai jumlah produksi tertinggi sebanyak 83,000 unit pada ketika itu. 
 


Melihatkan kepada populariti yang diterima, UMW Toyota mula memperkenalkan generasi kedua International Multi-purpose Vehicle (IMV) pada tahun 2016.

Namun, untuk menampung jumlah permintaan kenderaan Toyota di Malaysia, ASSB telah mula memulakan pembinaan kilang baharu yang terletak di Bukit Raja bagi membantu operasi kilang di Shah Alam dengan output kira-kira 50,000 kenderaan setahun.

Tiga tahun selepas itu, ASSB Bukit Raja siap sepenuhnya dan Toyota Vios 2019 merupakan model pertama yang keluar daripada barisan produksi kilang tersebut, diikuti oleh pengenalan Toyota Yaris 2019.
 


UMW Toyota Motor Sdn Bhd ditadbir oleh tiga tunjang utama iaitu Tan Si Dato' Sri Hamad Kama Piah selaku Pengerusi, Akio Takeyama sebagai Naib Pengerusi dan juga Ravindran K. sebagai Presiden. 

Di dalam UMW Toyota Motor, Toyota Motor Corp mempunyai pegangan sebanyak 39%, 10 peratus pula oleh Toyota Tsusho Corporation manakala selebihnya lagi dipegang oleh UMW Corporation Sdn Bhd.

Sebagai sebuah syarikat yang besar, UMW Toyota Motor mempunyai tiga syarikat subsidiari seperti Assembly Services Sdn Bhd (ASSB), Automotive Industries Sdn Bhd (AISB) yang memasang sistem ekzos dan juga Toyota Boshoku UMW Sdn Bhd (TBU) - pemasang tempat duduk! 

Selain daripada itu, UMW Toyota Motor juga mempunyai beberapa syarikat bersekutu seperti KYB-UMW Malaysia Sdn Bhd, KYB-UMW Steering Malaysia Sdn Bhd dan JTEKT Automotive (Malaysia) Sdn Bhd. 
 


Sehingga kini, UMW Toyota Motor menguruskan kira-kira 92 buah pusat penjualan Toyota, 83 buah pusat servis dan 48 buah pusat badan dan cat di seluruh negara. 

Walaupun UMW Toyota memfokuskan kepada perniagaan import dan eksport serta penjualan kenderaan, mereka tidak pernah melupakan tanggungjawab sosial korporat mereka.

Buktinya, terdapat beberapa aktiviti CSR yang telah dijalankan sebelum ini seperti Toyota Eco Youth, Toyota Classics, program derma korporat serta program penanaman semula pokok-pokok sebagai tanda cintakan alam sekitar. 

Selain daripada Toyota, UMW Toyota Motor juga telah menjadi pengedar rasmi kenderaan mewah Lexus semenjak tahun 2006.

Berita Berkenaan

Informasi
Diantara barisan model motosikal mereka, terdapat satu divisi dimana divisi model ini lah yang…
Informasi
    Dianggarkan satu bilion pengguna mempercayai jenama Continental setiap hari! Continental…
Berita Global
Apa yang anda lihat di dalam artikel ini merupakan sebuah Countach LP 400 S tahun 1979 yang…